Artis / Selebriti
” Suara dia sumpah matang weh. Gempak betul vokal Kiki ni.. ” – Komen Netizen
Video persembahan akustik Aepul Roza bersama juara The Chosen One 2, Kiki Fateeha raih pujian ramai. Wah sedap sangat paduan suara Aepul dan Kiki menyanyi lagu Biarkanlah secara akustik. Baru 13 tahun, suara Kiki dah power macam ni..
The Chosen One musim 2 (TCO2) mengangkat adik Kiki Fateeha yang berasal dari Sabah sebagai juara. Kiki merupakan anak didik kepada penyanyi hebat, Aepul Roza. Gandingan coach dan anak didik ini membawakan satu impak dan saingan yang hebat untuk semua peserta TCO2.
Meninjau entry di akaun Tiktok Era, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Aepul dan Kiki menyanyi secara akustik di studio Era. Pasangan ini memilih lagu popular dendangan Aepul sendiri berjudul Biarkanlah. Dengan iringan petikan gitar oleh Aepul, nyanyian mereka berdua begitu mempesonakan.
Kekuatan vokal Aepul tidak perlu dipertikaikan lagi. Kiki juga antara penyanyi yang hebat dan ada peluang yang cerah untuk terus menyerlah. Malah Dato’ Awie juga pernah memuji suara Kiki yang power itu. Kiki memiliki tone suara yang bagus dan boleh menyanyikan pelbagai genre lagu.

Ramai yang tidak menyangka suara Kiki sematang ini. Memetik komen warganet, sekiranya mendengar nyanyian ini tanpa menonton video, sudah tentu mereka menyangka ianya nyanyian daripada seorang wanita dewasa. Tidak puas mendengar suara Kiki, mantap sama seperti coachnya juga.
Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
(klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video)
@era.je Biar patah hatiku, biarkanlah… 🥺 Tahniah adik @kiki_fateeha juara untuk The Chosen One 2024 🔥 Kita belanja Live@ERA dengan mentor dia @aepul.roza 🫶🏻 #ERARadioNo1PalingLegit
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahun ni tahun aepul mendonia. tahniah aepuL dan adik kiki.. Cantiklah kiki. Suka tgk pipi dia, tu yg bt dia nmpk sngt manis.. “
” Kiki comel macam Bella Dowanna.. Suara matang walaupun umur masih muda lagi.. terbaiklah vokal adik kiki ni, memang selayaknya jadi juara TCO2.. “
” Aepul dan Kiki memang duo yang serasi.. matang betul suara kiki.. Lagu padu, penyanyi padu.. superb sangat.. “
” Alaa bestnya Kiki dan Aepul duet lagu ni.. Both suara best.. Suara Kiki Ni Bulat2 Seketul Dengar Perkataan Dia.. “
” Suara dia sumpah matang wehh.. ni kalau tutup mata tak tau pun suara budak budak.. menyala lah Kiki Fateeha.. “
” Gempak betul vokal Kiki ni, memang patut juara. Pandai Aepul serlahkan bakat Kiki. Mga kiki jadi penyanyi terkenal nanti.. “
” Aepul nya suara halus nyaring. kiki pulak suara serak-serak.. duet yang padu.. ok lar tu.. orng sabah budak kecik pun dh pandai nyanyi.. “

Baru 13 tahun sudah sehebat ini suara Kiki, tidak mustahil Kiki boleh menjadi penyanyi pelapis yang bersinar pada masa akan datang. Tentu ramai yang tak sabar untuk mendengar single terbaru daripada Kiki. Apa-apa pun, terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dan semoga semua impian Kiki Fateeha dimakbulkan Allah.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era, Youtube Channel Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

