Artis / Selebriti
” Speechless, mulia betul insan yang bernama Siti Nurhaliza.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyantuni Anak Yatim Dan Artis Veteran Buat Ramai Kagum. Tinggi Sungguh Adab Tokti Ni. Memang Satu Dalam Sejuta, Artis Contoh. Patut Lah Ramai Sayang !!
Semalam tanggal 26 Mac telah berlangsungnya Majlis Iftar Nurjiwa Prihatin di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur yang meraikan anak-anak yatim, penggiat seni dan pengamal media serta ibu tunggal. Majlis ini diketuai oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Jiwa sebagai pengasas Yayasan Nurjiwa.
Menerusi akaun Tiktok Sitizoner dan Siti Nurhaliza Shop, telah dikongsikan video yang memaparkan DS Siti menyantuni anak-anak yatim dan tetamu yang hadir. Jika orang lain mengadakan program untuk anak yatim, semua akan naik ke pentas untuk menerima sumbangan tetapi lain pendekatan yang DS Siti lakukan.
Satu demi satu meja dihampiri dan DS Siti sendiri bersalam dan berpelukan sebelum memberikan sumbangan. Betapa mulianya adab seorang yang bernama Siti Nurhaliza, di hati peminat DS Siti selamanya nombor 1. Budi pekertinya menghormati insan yang lebih berusia juga dikagumi.
Antara artis veteran yang dijemput sebagai tetamu dan menerima sumbangan adalah Roslan Salleh dan Zaiton Sameon. Senang hati warganet melihat DS Siti bertemu mata dengan semua dan beramah mesra. Komen warganet, ini baru betul meraikan dan membuatkan semua tetamu gembira.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@toktitiktokshop Orang lain buat program anak yatim, Anak yatim kena dibawa ke pentas terima sumbangan. Beraturlah semua. Siti Nurhaliza turun ke meja kasi seorang demi seorang. Orang lain buat majlis, Orang tua berpimpin naik ke pentas ambil derma, Siti Nurhaliza turun jumpa seorang demi seorang tak ada tertinggal. Orang lain buat itu buat ini, Yang dirai diiring terima hadiah di pentas, Siti Nurhaliza bergerak dari meja ke meja bersalam, bercium pipi dan beramah mesra dengan tetamu. Mana nak cari manusia tersenarai antara 500 pempengaruh muslim besar dunia, turun mencemar lantai menyantuni seorang demi seorang. Mana nak cari? Ada di negara kita, satu-satunya Dato Sri Siti Nurhaliza. Disayangi, Dihormati, Dikagumi, Dicontohi. Kami berbuka bersama sempena Majlis Berbuka bersama penerima sumbangan Nurjiwa Prihatin hari ini. Melihat suasana ini, Pentas adalah hak Siti semasa berpencak menyusun suara, saat bersama jelata, beliau turun menuruni duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Patutlah disayangi. Tak pandai bergimik pecahkan suasana, Tak reti merepek meleret sesuka. Ramahnya mesra, Caranya bersahaja. Itulah Siti. Sudah tinggi tak tinggi. Khairul Hakimin Muhammad, Sentiasa mengagumi.
@sitizoner
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Ni baru betul, bagi ke meja penerima, bukan pemerima naik pentas. Salah satu sebb knp siti selalu murah rezeki.. itu yg kita nmpk,belum yg xnmpk lg.. ”
” ini baru betul.. pergi ke meja… anakΒ² yatim semua makan dihidang atas meja.. bukan rai diorg tp diorg mkn kena bratur.. tahniah Siti Nurhaliza.. ”
” Artis Kesayangan org ramai. Tk penah rasa kekok. Smua syg kak iti.. that why, bkn mudah jadi siti nurhaliza yer. the only one dan satu dalam sejuta.. ”
” Nampak betapa tulusnya kasih sayang seorg Siti Nurhaliza kpd org sekelilingnya.. tokti ni memang humble dari dulu lagi.. ”
” Kerana adab dia ni lah, dia kekal sampai sekarang no 1. Adab dan akhlak yang terbaik. dia yg jalan pergi kat org, bkn org yg pergi dekat dia, mulia btl insan yg bernama SITI NURHALIZA.. ”
” Speechless, she’s Siti Nurhaliza who is incomparable in her morals, civilized, generous n deserves the number 1 singer malaysia. Biduanita.. ”
” Betapa mulia hati dato ct menyantuni saudara sesama islamnya tanpa ada batasan darjat dan pangkat., patutllah beliau disayangi dan dimuliakan juga .. akhirat nanti lebih2 lagi inshaallah.. ”
Pujian demi pujian diberikan oleh warganet kepada DS Siti. Selayaknya DS Siti disayangi dan disanjungi kerana akhlaknya yang baik itu. Tidak pernah menyombong diri walaupun berada di atas dan sentiasa merendah diri. Semoga Ds Siti sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitizoner, Tiktok Siti Nurhaliza Shop, IG CtdkΒ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen