Artis / Selebriti
” Sorry Mummy, sorry sangat.. ” – Ariq Matin
Video Anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin Meminta Maaf Kerana Sesuatu Terkena Kepala Watie Ketika Memancing. Alahai Bagusnya Matin, Lembutnya Suara Cakap Dengan Mummy, Sopan Sungguh !!
Pada minggu lalu, Shuib Sepahtu bersama Watie Hanifiah dan anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin telah pun menghabiskan masa bersama dengan bercuti di Semporna Sabah. Pulau yang indah ini mencipta banyak memori baru untuk mereka sekeluarga.
Watie yang penyayang membuatkan semua anak-anak asyik ingin berkepit dengannya. Banyak aktiviti yang dilakukan mereka bersama-sama dan antaranya adalah memancing di atas bot. Meninjau akaun Tiktok Shuibbwatieee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu peristiwa yang terjadi ketika mereka memancing.
Dapat dilihat pada awal video, Shuib dan Matin memancing bersama dan tiba-tiba terdengar suara Watie menyebut ‘ aww ‘. Rupanya tali pancing Matin terkena Watie dan Matin menyedarinya lalu terus meminta maaf daripada Watie. Lembut sahaja ayat Matin menyebut ‘ sorry mummy, sorry sangat ‘.

Watie hanya tergelak dan mengatakan okey. Shuib bertanya kepada Watie kenapa dan Watie memberitahu terkena kepalanya. Alahai pandai Matin mengambil hati mummy ye. Mummy pun baik, tak ada hendak melenting marah, siap ketawa lagi.
Jom tonton video di bawah :
@shuibbwatieee Manja betul Mateen ni🥺🥰 #shuibsepahtu #iamwatie #shuibwatie #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage #foryourpage #fypage #fypp #foryou
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun mencatatkan lebih 68 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baiknye hati watie.. kalau aku pon blom tentu dpt jd sebaik ni.. mateen ni muke dia ikut btol bapak dia.. Perangai pun sma hehhe.. ”
” Manja nya matin dgn mummy,comel je.. di ohhga spontan mcm ni lah baru kita tahu orang tu mcm mana.. mamy DIA baik alhamdulillah.. ”
” Kak Sarah anak awak sekarang ditangan yang betol.. ayat matenn rase macam sed1h sangat.. nampak ketulusan wati tu kat haty maten.. ”
” Mummy dye pun ok je… pandai maten ambil hati mummy dye… alahai cmna la watie tak syg ank2 shuib ni… sopan, manja, hormat orang tua.. ”
” Dia dr didikan mak ayah… ade ank laki dia akn cntoh mak ayah dia.. suka tgok fmly d org dr arw4h smpai sekarang dengan watie.. ”
” Didikan yang sempurna daripada arw4h siti sarah dan shuib.. anak-anak beradab, hormat walaupun mak tiri.. ”
” Sweetnya Matin, sopan je.. bagus budi bahasa matin ni. bertuah arw4h siti sarah, anak-anak dia semua behave sangat.. ”
Didikan yang baik untuk anak-anak sangat dituntut oleh agama . Sopan santun si handsome Matin ini, bercakap pun lembut sahaja. Semoga Watie akan selalu menjadi mommy yang terbaik untuk anak-anak Shuib ini dan bahagia selalu bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuibbwatieee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen

