Artis / Selebriti
” Soft spokennya anak teruna Dato’ Eizlan ni.Tenang je dengar dia bercakap.. ” – Komen Netizen
Video lakonan anak teruna Dato’ Eizlan Yusof, Zareef Yusof bersama Qadejah El Zahra raih perhatian warganet. Wah makin handsome lah Zareef sekarang. Cara bercakap buat ramai yang cair. Copy paste daddy dia sangat ni..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida Dherbs dan Tiktok Sugeh Resort, telah dikongsikan episod 3 untuk drama bersiri Sugeh Resort yang menampilkan anak Datin Shahida, Qadejah El Zahra bergandingan bersama anak teruna Dato’ Eizlan Yusof, Zareef Yusof.
Penampilan Zareef meraih pujian daripada ramai warganet. Zareef anak muda yang memiliki wajah yang tampan dan manis, tak ubah seperti wajah Dato’ Eizlan ketika muda dahulu. Malah tahi lalat Zareef juga sama kedudukannya dengan tahi lalat di wajah Dato’ Eizlan.
Menonton lakonan Zareef dalam episod ini, ramai di kalangan warganet yang terpegun dengan cara percakapan Zareef. Slang Zareef masih pekat kedengaran loghat Sabahnya, namun Zareef sangat soft spoken ketika bercakap. Ayat dan ekspresi wajah yang ditunjukkan membuatkan warganet teruja.

Ramai yang memuji karakter Zareef yang soft spoken itu. Zareef tidak kekok berlakon kerana sejak dari kecil lagi Zareef sudah berjinak dalam dunia lakonan. Banyak drama yang menampilkan Zareef ketika Zareef masih kanak-kanak. Kini Zareef kembali membuat comeback.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mashaallah tabarakallah… zareef yusof dh besar… “its okay its okay pandai pandai pandai” bagusnya didikan mak ayah dia sme macam didikan mak ayah qadeejah dua2 soft bijak n supportive x mengejek/membahan.. “
” “It’s okay it’s okay it’s okay, pandai pandai pandai” soft spoken betul dia bercakap. acik yang dah beranak ni pun cair deeekkk .. hensem gila anak eizlan yusof ni.. “
” Handsome ank Eizlan Yusof ni. mcm datuk eizlan yusof muda2… Cara jalan zareef sama mcm dato eizlan.. ada bakat… best dgar dia ckp sabahan.. “
” Softnya Zareef ni bercakap.. muka memang sebijik dato eizlan zaman muda.. tahi lalat pun sama dengan ayah dia.. handsome sangat ni.. “
” Pandai dia ambil hati girl..soft spoken and likeable.. Loghat/rentak cakap Sabah tu ada.. handsome boy.. ‘it’s ok pandai2’..Dik geram je akak dgn kau.. Sweet sgt I is melting.. “
” Aww soft spokennya anak teruna dato eizlan ni.. tenang je dengar Zareef berkata-kata.. dah lah handsome boy.. nampak bayang eizlan pulak.. “
” Handsome, softspoken, main sukan Sunnah Rasulullah, puji walau buat silap & high educated. Anak lelaki tunggal Dato’ Eizlan Yusof dan Datin Vie Shantie ni adalah menantu idaman bagi semua mertua.. “
Zareef kini semakin meningkat remaja dan semakin terserlah ketampanan wajahnya itu. Cara bercakap Zareef itu boleh membuatkan ramai gadis cair mendengarnya. Apa-apa pun, satu gandingan yang baik dan pasti ramai yang seronok menonton lakonan Zareef dan Qadejah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida, Tiktok Sugeh Resort
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

