Connect with us

Artis / Selebriti

” So beautiful sister, tiba-tiba rasa semangat nak hijrah macam ni jugak.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Mia Ahmad Buat Peminat Teruja. Wah Bertambah Ayu Dan Sopan Mia Dalam Imej Baru Ni, Terus Istiqamah Mia !!

Mia Ahmad pernah dikenali ramai menerusi lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan. Perwatakan dan karakter Mia yang lemah lembut membuatkan Mia disenangi peminat. Kini Mia sudahpun bergelar isteri dan ibu kepada 2 orang cahayamata.

Hasil tinjauan kami di Instagram Mia Ahmad, telah dikongsikan beberapa keping gambar terkini Mia. Tertulis di kapsyennya bahawa Mia memilih untuk bersinar di tahun baru 2021 ini. Mia yang mengenakan jubah dan tudung labuh sambil memegang sebuah tas tangan.

Masih tetap nampak cantik seperti dulu, imej Mia ini jauh berbeza dengan terdahulu. Walaupun Mia sudah lama menyepi daripada dunia lakonan, namun perkembangannya sering dikongsikan di media sosial untuk tatapan peminat setia Mia.

Jika anda mengikuti perkembangan Mia, pastinya menyedari sejak beberapa bulan yang lalu Mia mula mengubah gaya berhijab. Gambar percutian Mia bersama Izham dan anak-anak mereka, Issa dan Iris Oktober lalu mendapat perhatian peminat pada waktu itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Wajah Mia yang bertudung labuh dan mengenakan jubah ini nampak anggun sekali. Ini mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Mia, ya Allah.. cantiknya adik kakak ni. When is ur come back sayang.. semoga dipermudahkan langkah Mia untuk terus istiqomah.. “

” Masha Allah hajah so pretty, cantiknya Mia pakai macamni. So pretty la Mia.. Cantik, aurat terjaga.. alhamdulillah.. “

” Cantiknya Mommy, masya Allah cantik sangat-sangat. So beautiful mommy, makin lama makin langsing.. “

” Cantik manisnye mommy, Masya Allah tabarakallah. Semoga istiqomah. So pretty sis mia .. semoga permudahkan segala urusan sis mia.. “

” Cantiknye Mia. Soo sweet, Cantik dan manis, sejuk mata memandang. Moga dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah.. “

” Masha Allah alhamdulillah moga k.mia istiqamah. Makin ramping mia ahmad lepas ada anak 2 ni.. “

” So beautiful sistur, tiba2 rasa semangat nak hijrah macam ni jugak. Cantik sangat pakai macam ni, shine like a diamond.. “

Kelihatan badan Mia yang sudah semakin langsing sejak bergelar ibu kepada 2 orang anak ini. Penampilan yang cukup sopan dan muslimah. Apa pun, semoga Mia terus istiqamah, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia selalu di samping suami dan anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT