Connect with us

Artis / Selebriti

” Simpan voicenote tu sampai bila-bila Ubai. Sedih dan sebak dengar.. ” – Komen Netizen

Ubai kongsi voicenote terakhir arwah ibunya buat ramai tersentuh. Lemah lembutnya suara ibu Ubai, suara terakhir daripada seorang ibu. Sebaknya dengar..

Wanita bergelar ibu adalah insan yang istimewa dalam hidup seorang yang berstatus anak. Hilangnya ibu, maka hilanglah separuh dunia seorang anak. Itu lah yang dirasai oleh Ubai apabila ibunya, Rohani Jamal pergi buat selama-lamanya pada tahun 2023 yang lalu kerana kanser ovari.

Hasrat ibu Ubai untuk melihat Ubai dan Shila Amzah di jinjang pelamin tidak kesampaian dan ibu Ubai dijemput pulang oleh Pencipta-Nya. Walaupun sudah bertahun berlalu, rasa rindu Ubai terhadap ibunya tidak pernah padam. Kenangan manis bersama ibu disimpan kemas dalam memorinya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ubaihani, telah dikongsikan satu video voicenote terakhir yang dihantar oleh ibu Ubai kepadanya. Suara ibu Ubai yang lembut itu menenangkan jiwa warganet yang mendengar. Pada ketika itu ibu Ubai masih berada di hospital.

Satu pesanan akhir untuk Ubai dan itu suara terakhir yang Ubai masih boleh ulang dengar sehingga kini. Di ruangan kapsyen pula, Ubai menulis satu nota ringkas berbunyi ‘ Rindu Mak ‘. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rasa rindu yang hanya difahami oleh sesiapa yang telah kehilangan ibu.

Jom tonton video di bawah :

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Simpan voice note tu smpai bila-bila ubai…. sedih sebak dengar…. bila kita rindu pada yang takde ni.. sakit rindu pada yang tiada.. “

” Lembutnya suara mak ubai, al-fatihah.. suara yang akan selalu kita sebagai anak rindu untuk dengar kan.. semoga terubat rindunya.. “

” Voice note mak kita sama la ubai… mak saya baru pergi 3 minggu lepas.. dia wasap suara kata tempat dia dah berubah dekat emergency tu… sampai skrg saya simpan voice note tu… duk ulang2 dengar yang tu je.. “

” Saya voice note dekat hp anak.. sebab ibu mmg suka voice note ngan ank.. mmg tu lah sy simpan.. dgn sy dia suka taip je.. rindu ibu.. pejuang kanser usus.. meninggal 21/6/2025.. “

” Al Fatihah buat Kak Ani. semoga Kak Ani ditempatkan dikalangan kita yang beriman.. sakit sangat bila tiba-tiba ‘rasa’ tu singgah kan? yang dah rasa je tahu. buat yang masih mempunyai orang tua, hargai dan raikan mereka.. “

” Now I know why shahilaamzah jatuh cinta pada Almarhumah Mak ubaihani dan kemudian kepada suaminya sekarang.. Semoga mak diberikan syurga tanpa hisab dan almarhum adik Azrul ke syurga bersama mak. Aamiin.. “

” Alfatihah buat mak Ubai.. yang lain boleh hilang tapi bukan mak, hilang mak hilang dunia kita.. Jangan nangis, jangan nangis.. cakap dekat diri sendiri.. “

” Ya Allah weh tak terbayang sedih dia.. Bila kesedihan datang bertandang, sebut namanya dlm setiap doa & sujudmu. Bila rindu dtg mencekak, menanglah saat² manis tika bersama.. “

Rindunya seorang anak terhadap ibunya yang telah pergi jauh ke negara abadi. Rindu yang tidak akan ada penghujungnya. Walaupun redha, namun tahkala rindu menjengah, pasti air mata akan mengalir merindui suara seorang ibu. Semoga ibu Ubai tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ubaihani, Tiktok Ubaihani  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak