Artis / Selebriti
” Seronoknya semua pandai mengaji. Sedap betul suara adik beradik ustazah.. ” – Komen Netizen
Video Farhatul Fairuzah bertarannum mengaji surah Al-Maa’un bersama adik-beradiknya buat ramai yang kagum. Ingat suara Farhatul je sedap mengaji, rupa-rupanya semua adik-beradik suara sedap. Hebat semuanya, sejuk perut ibu yang mengandung..
Siapa yang tidak kenal dengan Juara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa iaitu Nor Farhatul Fairuzah. Farhatul telah memasuki pertandingan tersebut dan berjaya merangkul gelaran juara dan sekali gus memartabatkan nama negara di peringat antarabangsa.
Bagi yang mengikuti Farhatul pasti mengetahui yang Farhatul kini turut bergelar seorang pengacara dalam rancangan islamik serta sering memuatnaik video selawat di akaun media sosial miliknya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Farhatul, telah dikongsikan video Farhatul bersama adik-beradiknya.
Menerusi video itu, Farhatul dan adik-beradiknya bertarannum surah Al-Maa’un. Pada awalnya, kelihatan Farhatul yang pertama bertarannum dan selepas itu giliran adik-beradiknya yang lain. Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet.

Ramai yang kagum mendengar suara adik-beradik Farhatul. Tulis warganet, betapa beruntungnya kedua ibu bapa Farhatul memiliki anak-anak yang pandai mengaji Al-Quran. Sehingga kini, video Farhatul bersama adik-beradiknya yang lain bertarannum menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet setelah mendengar bacaan Farhatul bersama adik-beradiknya yang lain. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Seronoknya semua pandai mengaji. Sedap betul suara adik beradik ustazah. Sejuk perut mak ustazah mengandungkan semua anak-anak.. “
” MashaAllah TabarakAllah.. Allahuakbar… Semua pandai tarannum.. Kita dengar pun rasa lapang je hati.. Buat la utk sesi sbln Ramadan Ustazah..
“Ya Allah sedap nya suara ustazah Farhatul dan adik-beradik.. Seronok betul tengok family ni.. Semua sedap suara mengaji.. “
” Merdu betul suara masing-masing.. Menusuk ke jiwa dengar bacaan masing-masing.. MasyaAllah, bestnya dengar.. Tak terkata apa-apa.. “
” MasyaAllah beruntungnya mak dan ayah dia ad anak2 smua menegakkan Al-Quran.. Semoga sy dapat mnjdi ibu yg dpt mendidik anak2 sy syg al-quran cinta al-quran.. “
” Allah.. Hebat betul keluarga ni bertarannum.. Terasa vibes Ramadhan sudah semakin dekat.. Semoga anak anak kita semua akan menjadi Qori dan Qoriah seperti mereka.. “
” Hebat2 semuanya.. Ni lah perkara yang sangat membanggakan kedua orang tua mereka.. Ada anak-anak yang pandai Al Quran.. “
Tak terkata apa-apa apabila mendengar suara Farhatul dan adik-beradiknya yang lain bertarannum. Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, semuanya memiliki suara yang merdu mengalunkan bacaan Al-Quran. Semoga perkongsian oleh Farhatul ini akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG farhatulfairuzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

