Artis / Selebriti
” Senyum Aidil itu macam chef Arab yang suka senyum itu kan.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Video Aidil Aziz Menyiapkan Anak Mereka, Aisha Amaira Dengan Sambil Tersenyum Macam Chef Burak Ozdemir Raih Perhatian Peminat. Wah Sama Lah !!
Tugas menguruskan rumahtangga termasuk mendidik dan menjaga anak bukanlah tugas isteri semata-mata. Suami pun kena main peranan dan bertanggungjawab dalam membantu isteri menguruskan rumahtangga. Begitu yang dilakukan oleh Aidil Aziz suami kepada Fasha Sandha terhadap anak bongsu mereka iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 9 bulan.
Meninjau ke laman Instagram milik Fasha, telah dikongsikan video di mana Aidil dilihat sedangΒ menyiapkan Aisha. Aidil memakaikan Aisha minyak telon, pampers dan juga baju serta headband pada kepala Aisha. Selain itu, turut memakaikan bedak pada wajah Aisha.
Menariknya, sepanjang menyiapkan Aisha, Aidil tersenyum lebar dan memandang ke arah kamera sehingga tidak perasan Aisha memasukkan botol minyak telon ke dalam mulutnya. Kemudian apabila sudah selesai menyiapkan Aisha, Aidil mendukung Aisha dan bermain dengannya. Aidil masih lagi tersenyum lebar sewaktu mendukung dan bermain dengan Aisha.
Menerusi kapsyen tulisan Fasha, Fasha mengatakan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada banyak masa untuk suami siapkan anak. Disebabkan ramai yang membuat video mengenai perkara tersebut, Fasha turut merekod video untuk kenangan.
Jom tonton video di bawah:
Rata-rata peminat mengatakan Aidil apabila tersenyum sangat menyerupai dengan Chef Senyum iaitu Mohd Shafiq Zulkarnain dan juga Chef Arab bernama Burak Ozdemir. Selain itu, peminat turut memuji wajah Aisha yang comel. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:
β Abg aidil kurus mcm budak univesiti jaaa kelakor laaa abg.. Aidil siapkan aisha smp berjanggut misai.. Hahahaa apo… Kita pun ikut senyum sama.. hahaha.. so cute..β
β Senyum Aidil tu… Ingat kat syafiq si cheff tu.. Masyaallah Comelnya aishah.. Dulu iras ikut fasha.. skrg dh nmpk iras2 mcm ayahnya Aidil.. β
β Nah.. Ingat lelaki yg main masak2 tu aje ka boleh senyum tak bertempat.. Lelaki tulen yg tgh siapkan anak pun boleh senyum meleret juga.. Tahniah fashasandha dapat suami yg baik & bertangungjawab.. β
β Anak dah letak botol minyak kat mulut.. Ayahnya sengih lagi.. Hahahahhaa… Law4k la… Sebijik muka chef senyum tu.. Sy sendiri tgk pun tersengih sorg2.. Kejap dah besar baby girl.. comel sgt.. β
β Tersengeh2 je papa dia ye.. Dah mcm lelaki yg masak sambil senyom tu jk aidil ek.. Ingatkan rancangan masak tadi.. sebijik betul.. Cute laa ger4m laa tgk si aisha ni… Anak bapak.. β
β Hihi..tersenyum tgk aidil senyum cmtu.. Cm tukang msk yg suka senyum tu hihihi seakanΒ² senyum abg Aidil.. Time masak tersenyum… Ank k.fasha comel sgtt.. β
β Baby hisap botol minyak angin pun so ayahnya tak perasan.. Punya la dok ghenyyihh tak habis.. Woooo ni mcm chef arab yg suka senyum tu kan.. Hahaha sama lah.. Adoii.. β
Beruntungnya Fasha mendapat suami seperti Aidil yang sama-sama turut membantu Fasha menguruskan rumahtangga terutama anak-anak. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke Jannah. Selain itu, selalu berada di dalam lindungan juga kasih Allah SWT. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen