Artis / Selebriti
” Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk.. ” – Bella Astillah
Setelah hampir seminggu mendiamkan diri, ini respon Bella Astillah mengenai apa yang hangat diperkatakan ketika Anugerah Terhangat Melodi 2025. Bertabah lah Bella..
Insiden yang melibatkan Bella Astillah dan Sophia AlBarakbah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 minggu lalu menjadi perbualan hangat warganet. Ramai yang tidak berpuas hati dan merasakan ianya satu penganiayaan kepada Bella kerana meletakkan Bella dalam situasi yang mengembalikan trauma lamanya.
Bella lebih memilih untuk berdiam diri selepas majlis itu selesai dan tiada sebarang komen daripada Bella untuk mengulas isu tersebut. Warganet juga ternanti-nanti respon Bella dan setelah hampir seminggu berlalu, baru lah ada penjelasan daripada Bella.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama pasangannya, YB Syed Saddiq memegang trofi yang mereka menangi. Ujar Bella, dia bersyukur atas anugerah ini dan mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada pihak Anugerah Melodi.

Bella mengakui pelbagai rasa yang dirasainya dan semestinya kenangan luar biasa yang terjadi pada malam itu akan sentiasa dikenang. Bella bukan wanita yang mudah melatah dan sifatnya yang tenang disukai warganet. Move on dan tidak berpaling lagi pada kisah silam, Bella terus melangkah untuk kehidupan yang lebih indah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fly high, shine bright.. Sangka baik, Allah pasti balas baik.. Dia yg dilukai dari dulu, dia yg asyik muhasabah dan mtk maaf dr dlu. Tahniah Bella. Anda manusia hebat.. “
” BELLA MEMANG WANITA KUAT LUARBIASA IRON LADY yang tak mudah melatah dan terus bersedih.. Bella wanita yang sangat meninspirasikan.. “
” It’s okay bella, teruskan melangkah.. Not all opinions deserve your attention. If their life doesn’t inspire you, don’t let their criticism consume you. You Go Girl.. “
” Apa yg YBSS sebut pasal seorang Bella Astillah mmg semuanya benar belaka. Superpower nya ialah memaafkan, workaholic, kuat semangat, berani, berdaya saing, ibu yg hebat.. “
” This is call reversed psychology… disaat pihak lain melemparkan racun, wanita hebat ini tetap lah mencurahkan kebaikan dgn segala sangka baik nya pd aturan takdir…. MasyaAllah, cantiknya luar & dalam seorang bellaastillah …. salute & warm hugs for you beautiful angel.. “
” Tahniah bellaastillah untuk anugerah tersebut dan tahniah juga kerana menjadi wanita yg sangat kuat, matang dan profesional.. “
” Terpaksa akui. Budak baik bella ni, enough said.. betullah hati yg mulia.. baik diluar dalam iron Lady Bella Astillah.. In the end Bella always choose to be kind.. “
Betapa profesional dan baiknya hati seorang Bella Astillah. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk hidup Bella. Terus melangkah maju ke hadapan dan terbang lebih tinggi Bella. Semoga Allah merahmati segala yang Bella usahakan dan berbahagia selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, Tiktok Budak Tadika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen


