Artis / Selebriti
” Selamat terima menantu Datin Seri. Sama cantik sama padan.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Anak Datin Seri Umie Aida, Mohd Danial Firdaus. Sama Cantik, Sama Padan Danial Dan Pasangan. Tahniah Umie !!
Sekitar Jun yang lalu, anak kepada Datin Seri Umie Aida bernama Mohd Danial Firdaus telahpun mengikat tali pertunangan bersama seorang gadis bernama Haniz. 6 bulan sudah berlalu, pasangan ini kini melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan.
Meninjau akaun Instagram Umie Aida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Danial sedang menjalani proses akad nikah. Memilih tarikh 12 Disember untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri, Danial kelihatan tenang dan hanya dengan sekali lafaz, Haniz sah menjadi isterinya.
Untuk rekod, selain Danial, Umie juga mempunyai 2 orang lagi anak angkat bernama Mohd Dzulhelmy dan Aisyah Humaira. Bagi pengikut Umie, wajah Danial dan Dzulhelmy bukan asing lagi kerana Umie menjaga mereka sejak kecil lagi.
Majlis akad nikah ini dijalankan di salah sebuah masjid dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Mengenakan busana berwarna putih, Danial dan Haniz kelihatan berseri-seri sekali. Nampaknya Umie sudah naik tarafnya menjadi ibu mertua dan pastinya perkahwinan Danial ini menggembirakan Umie.
Jom tonton video di bawah :
Di Instagram Erma Fatima juga ada dikongsikan video ketika upacara membatalkan air sembahyang antara Danial dan Haniz. Cantik berseri sungguh pengantin baru ini, bagai pinang di bel4h dua.
Berita gembira ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada seluruh peminat Umie. Wah sudah bergelar ibu mertua Umie sekarang dan antara komen-komen mereka :
” Allhamdulillah Daniel dah jadi husband , tahniah awak dapat menantu.. ” – Zarina Zainuddin
” Congrats ibu and the whole family daniel dah kawin, soon bby dapat cucu and can join me jadi nenek.. ” – Zahida Rafik
” Alhamdulillah… Tahniah mu… Selamat pengantin baru Daniel.. Syukur Alhamdullilah. Congratulations to the newly wed and to ur family.. “
” Tahniah Datin dan family.. Tahniah dapek menantu, berkat jaga anak syurga.. proud of you.. Mak dengan menantu sama cantik ni.. “
” Alhamdulillah dengan sekali lafaz, tahniah kak umie… dah terima menantu… semoga memperolehi keluarga sakinah mawaddah.. “
” Tahniah dah dapat menantu dah mu.. Semoga kekal hingga ke jannah Daniel dan pasangan. Mak pun muda trang tang tang lagi.. “
” Pasepa cek yg sebak. Allah.. tahniahh datinn. Selamat terima menantu Datin Seri.. sama cantik sama padan.. “
” Alhamdulillah .. Tahniah ibu dpt menantu dah, makin meriah lepas ni.. Menantu pertama mesti kamcing dengan mil nanti ni.. “
Antara gambar lain yang turut dikongsikan adik Umie, Betty Rahmad di Instagram story nya :
Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, Danial sah menjadi suami kepada Haniz. Tahniah untuk Umie Aida sekeluarga dan pasti semakin meriah keluarga besar mereka ini. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa harmoni. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida, IG Emma Fatima, IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen