Artis / Selebriti
” Selamat pengantin baru. Dua-dua masuk air ni, haha. Comel wife Mamat.. ” – Netizen

Mamat Got No Chill Kongsi Video Majlis Perkahwinannya Raih Perhatian Warganet. Wah Senyap-Senyap Off Market Ye Mamat. Comel Wife Mamat, Masuk Air Macam Mamat Juga Rupanya, Hehe !!
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got Not Chill antara yang popular di kalangan wargamaya kerana content yang mencuit hati. Sering dikaitkan dengan beberapa nama selebriti wanita sebelum ini, Mamat mengakhiri zaman bujangnya semalam tanggal 8 Disember 2023.
Meninjau akaun Instagram Mamat Got No Chill, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis akad nikah Mamat dan wanita pilihannya, Siti Nurhana. Mamat dan Hana mengenakan busana pengantin sedondon berwarna putih.
Dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai, dengan sekali lafaz sahaja Hana sah bergelar isteri kepada Mamat dengan mas kahwin sebanyak RM1212.12. Wah rare betul nombor tu yer. Melihat telatah Mamat yang lucu dan suka mengusik Hana, rupanya Hana juga kelakar orangnya.
Ramai yang memuji Hana kelihatan begitu comel dan suka melihat pasangan mempelai ini. Diam-diam sahaja Mamat menyusun perancangan, tahu-tahu sudah bernikah. Mamat juga mengucapkan ucapan terima kasih untuk semua yang sponsor majlisnya ini dan salah seorangnya adalah Shuib.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Mamat ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah mat.. Selamat pengantin baru.. Halah-halah. Comel je masing-masing.. Moga bahagia selalu.. ”
” Tahniah mamat n pasangan Alhamdulillah. Selamat pengantin baru.. dua dua masuk air ni hahah.. comel wife mamat.. ”
” Weh cantiknya wife dia ishhh lawo.. know know kawen, tahniah Mamat. Alhamdulillah tahniah dpt family jowo.. untung la lepas ni selalu mkn ambeng.. ”
” Tahniah mat dan wife, tiba-tiba kawen terus ye. Comey laa bini mamat . Nak buat macam mana kan ? Bende dah kawen , Enjoy jelah . Tahniah Mamat & Wife. Selamat Pengantin Baru.. ”
” Comelnya wife diaa… congrats mamat. dapat wife orang parit tengah.. cute la perangai g1la-g1la laki bini ni.. mesti meriah rumah.. ”
” Mamat iz taken Haha. Tahniah mamat. Lps ni boleh la bawak g kanjo skli.. Bende dah kahwin, enjoy je laaaaa.. ”
” Tahniah di atas perkahwinan.. Pandai mamat sorok2 know2 dah kahwin. Wife dia cantik , comel.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. ”
Alhamdulillah majlis pernikahan Mamat dan pasangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Memang comel melihat telatah Mamat dan isteri, ‘sekepala’ dan ‘masuk air’ juga rupanya. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru Mamat dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mamatgotnochill
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar