Artis / Selebriti
” Sekarang dah tau siapa punca Aina jadi macam ni.. ” – Daebakingz
Video Thr0wback Adlin Aman Ramlie Memberikan Komen Sesuatu Kepada Aina Abdul Ketika Dalam Sebuah Pertandingan. Woww Patut Lah Aina Terus Berubah Sekarang !!
Tidak cukup dengan vokal nyanyiannya yang padu, fesyen Aina Abdul ketika di pentas besar juga sering dinanti-nantikan oleh peminatnya. Manakan tidak, Aina Abdul memang cukup terkenal dengan fesyen di luar kotak fikiran dan kebiasaan.
Malah pada malam Anugerah Juara Lagu yang k e- 36 lalu, menerusi segmen nyanyian Aina bersama Khai Bahar, Aina dilihat mengenakan busana dengan identiti seakan taman bunga. Penampilan uniknya itu berjaya mencur1 perhatian warganet.
Menerusi akaun Instagram Daebakingz, telah berkongsi satu video thr0wback ketika Aina Abdul menyertai pertandingan Mentor. Dalam video itu, ketika selesai membuat persembahan, Adli Aman Ramlie selaku juri telah memberikan komen kepada Aina.

Adli menyatakan bahawa Aina perlu membuat satu perubahan kepada imej tudungnya agar dilihat lebih tampil menarik dan lain daripada yang lain. Perkongsian video itu telah ditonton lebih 3 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Rupanya komen daripada Adli adalah titik permulaan Aina dalam berfesyen. Boleh dikatakan semua fesyen yang digayakan oleh Aina memang kreatif dan ianya dilihat sangat menarik serta lain daripada yang lain.

Aina memang penyanyi yang sangat berbakat luar biasa. Kesemua lagu nyanyiannya sering mendapat pujian. Apa-apa pun semoga Aina akan maju jaya dalam apa bidang yang diceburinya dan segala urusan Aina dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daebakingz, Aina Abdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan

