Artis / Selebriti
” Sekali dia pecut, berdesup laju. Kacang je dia tapau.. ” – Netizen
Erra Fazira kongsi video hari sukan sekolah anaknya, Engku Aleesya raih perhatian ramai. Wah ratu pecut rupanya Aleesya ni. Bukan main laju Aleeysa lari, habis semua kena tinggal. Hebat lah Aleesya..
Satu-satunya anak Erra Fazira, Engku Aleeysa kini sudah pun di fasa remaja. Aleesya seorang anak yang baik dan agak pemalu orangnya. Namun di sekolah, Aleesya pelajar yang cemerlang dan aktif dalam acara sukan terutamanya acara balapan.
Meninjau akaun Instagram Erra Fazira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erra menghadiri acara sukan sekolah Aleesya. Berbaju merah, Aleesya dalam rumah sukan merah dan maskotnya adalah Dragon. Anak dara Erra ini mewakili rumah sukannya untuk acara larian 4 x 100 meter.
Erra turut berkongsikan video yang menunjukkan kehebatan Aleesya berlari. Dengan langkah yang teratur, Aleesya membuat pecutan dan meninggalkan saingannya begitu sahaja. Memiliki ketinggian seperti Erra, langkah Aleesya nampak begitu besar.

Memetik komen warganet, ramai yang tidak sangka Aleesya ada bakat berlari. Aktif macam Erra juga Aleesya ini. Erra turut berkongsi gambarnya bersama geng mak-mak pelajar lain yang turut sama hadir sebagai tanda sokongan kepada anak masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Erra ini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow Aleesya is fast.. Congrats to her and team.. Fuhhhhh like mother like daughter la Puan.. Da sonic habis pecut dia.. congratulations.. ”
” Tahniah, cantiknya Aleesya lari.. Teratur betul langkahnya tu.. steady je Aleesya pecut, habis semua tinggal.. kacang je dia tapau. mesti dia dengar mom punya suara jerit ni tepi padang.. tu makin laju.. ”
” Wah.. betul-betul anak mak lah Aleesya ni.. congratulation.. Daughter Erra ni mmg aku berkenan betullah… santun je. Rasa vibe2 bangsawan gituh.. ”
” Well done Aleesya and mom.. Pakai tudung pun tetap boleh lari laju. Teruskan aktif dan menutup aurat, boleh jadi contoh yg baik utk remaja lain.. ”
” Sekali dia pecutt berdesuupppp laju macam mom diaaaa.. Siapa tgk byk kali.. fuhhh Aleesya tapau sekali .. Well done dear Aleesya.. Congrats Aleesya and team.. ”
” Dlm diam Aleesya.. Berpotensi menjadi sport person.. Macam mak dia errafazira.. love you both dear.. ”
” Pakej lari laju dan tutup aurat.. punya lah laju.. dia tinggal semua orang macam tu je.. hebat didikan ibunya Erra Fazira.. ”

Hebat lah Aleesya, siapa sangka walaupun pendiam ada bakat menjadi atlet lumba lari ni. Langkah lariannya begitu cantik dan tersusun. Bak Komen warganet, ‘kacang je’ Aleesya pecut dan tinggalkan saingan yang lain. Apa-apa pun, tahniah Aleesya dan team atas kejayaan dalam sukan tahun ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Viral7 days ago” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago” 90% raut wajahnya sama, senyum sama. Sampai tak boleh bezakan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen


