Artis / Selebriti
” Sedap suara part lelaki tu, ingat Shah Indigo. Rupanya anaknya dah ikut jejak peti suara.. ” – Komen Netizen
Video Liza Hanim dan anak lelakinya, Salahuddin menyanyikan lagu Meriah Lain Macam raih pujian ramai. Wah sedapnya suara anak teruna Liza ni, Tak sangka orangnya pemalu sangat..
Meninjau di akaun TikTok milik penyanyi Liza Hanim, telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya menyanyikan lagu raya bertajuk Meriah Lain Macam. Menerusi video itu, Liza tidak menyanyi keseorangan tetapi Liza berduet bersama anak lelakinya yang bernama Salahuddin.
Tulis Liza di ruang kapsyen, video tersebut dirakamkan sebelum hari raya baru-baru ini ketika dia sedang menganyam ketupat. Di awal video, Liza menyanyikan dahulu dan disambung pula oleh Salahuddin. Ketika menyanyi, Liza meminta Salahuddin menunjukkan wajahnya pada kamera.
Namun, Salahuddin tidak mahu dan akhirnya Liza memaksanya juga. Gandingan duet Liza bersama anak lelakinya itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Salahuddin dan ada juga pada awalnya menyangka suara Salahuddin adalah suara ayahnya, Shah Indigo.

Selain itu, komen warganet lagi, Salahuddin mempunyai bakat dalam bidang nyanyian seperti kedua ibu bapanya. Tambah warganet lagi, jika Salahuddin memilih ke bidang dunia seni suara satu hari nanti, kemungkinan Salahuddin akan menjadi antara pelapis penyanyi yang bakal menggegarkan dunia hiburan tanahair.
Tonton video di bawah ini :
@lizahanim79 #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE Jamming suka suka bersama anakanda Salahuddin sambil anyam ketupat #meriahlainmacam @Hael Husaini Nadeera
Di ruangan komen, ramai yang menyukai nyanyian Liza dan anaknya dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Woww sedapnya suara anak Kak Liza, ada bakat ni boleh jadi penyanyi.. Comel eh tengok Kak Liza merajuk dgn anak, haha.. “
” Sedap suara part lelaki tu, ingat shah indigo.. rupanya anaknya dah ikut jejak peti suara.. Kejap betul anak teruna Liza ni besar kan.. “
” Hael Husaini dh boleh stanby dgn pesaing baru.. Bakal2 menggegar pentas ni.. Padu betul suara dia, kita yang dengar pun rasa woww.. “
” So far Liza Hanim nye suare paling sdap cover lgu ni walaupun takde muzik.. Anaknya pun suara sedap sangat.. Selalu dengar anak perempuan dia nyanyi je, kali ni si lelaki pula.. “
” Bestnya suara Liza.. Minat dari dulu sbb suara tak penah pecah ..lagi tinggi lagi mantappp.. Anaknyap pun mewarisi bakatnya.. love u Liza Hanim.. “
” Awwwwwww sedapnya.. Dulu lari2 main kejar2 dgn Salahuddin ni. Sekarang suara dah pecah nyanyi2 dgn mama-nya. How time flies. Love this.. “
” Ingat Liza Hanim menyanyi Dgn Suaminya.. Rupa nyanyi dgn anaknya.. Ada bakat macam maknya.. Sedap betul suara dia.. “
Sedap sungguh suara anak bujang Liza ni, patut lah ramai yang memuji. Untuk pengetahuan semua, selain Salahuddin, anak sulung, kedua dan keempat Liza Hanim iaitu Marsya Qistina, Marissa Qaireen serta Mohamed Ibrahim juga memiliki suara yang lunak seperti ibu mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok lizahanim79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

