Artis / Selebriti
” Sedap suara Namie. Cukup tajwid dan makhrajnya.. ” – Netizen
Sedutan Video Namie Sebagai Artis Jemputan Program Geng Ngaji Raih Perhatian Warganet. Wah Bukan Main Sedap Suara Namie Bertaranum. Lengkap Tajwid Dan Jelas Sebutannya, Terbaiklah Namie !!
Program Geng Ngaji yang bersiaran di saluran Astro Oasis kini sudahpun memasuki musim ke 4. Ramai artis-artis dalam negara yang menjadi artis jemputan dan salah seorangnya adalah pelawak baru, Namie.
Meninjau akaun Instagram Tarmizi Abd Rahman dan Namie, telah dikongsikan sedutan video ketika Namie sedang bersiaran langsung. Diminta membacakan ayat 23 dari surah Hud, bacaan Namie membuatkan Ustaz Tarmizi dan Fakhrul UNIC teruja sama.
Bacaan yang jelas sebutannya lengkap dengan tajwidnya sama, suara Namie memang sedap apabila mengaji. Ada lenggok dan Namie siap bertaranum lagi. Apabila dipuji, Namie mengatakan dia terasa seperti sedang bersyair sahaja.

Cerita Namie, dulu ayahnya memaksa Namie untuk memasuki kelas taranum. Namun dia selalu p0nteng. Alih-alih, Namie hanya mengikuti kelas mengaji sahaja. Wah itu belum sempurna belajar taranum pun sudah sedap didengar, jika belajar lebih mendalam tentu lagi sedap ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mantap elok tarannum ea.. orang nismilan memang pandai bab-bab tarannum nih. nami dulu ex sbpi kan mestilah mantap bab tajwid.. “
” Sedap suara Namie. Dia ni memang marhaban, nasyid di sekolah. Tu suara dia sedap.. Boleh panggil dia lagi ustaz.. “
” Terhibur sambil-sambil ceduk ilmu. Suara yg dh biasa dengan nasyid.. sekali dengar taranum je.. trus bleh ikut.. “
” MasyaAllah.. Cukup tajwid dan maghrajnya. Sedap suara namie.. macam ni lah selebriti yang kita mahukan.. “
” Dh boleh permanent kan namiesmy dgn Geng Ngaji dh ni. Ustaz tarmiziabdrahman fakhrulunic Ustazah farhatulfairuzah tolong jemput dia masuk studio… Kompom riuh studio tu nanti.. “
” Artis berkualiti, terbaik Namie. Uishhh pandai nya dia taranum. kami yg belajaq dgn ustaz tarmiziabdrahman dulu pon tak buleh lagi taranum. Boleh ajak Namie join Astro Oasis.. “
” Sebutan setiap huruf jelas dan betul masya Allah. Tak fikir sedap atau tak tapi sebutan nya jelas dan betul. Tajwid semua lengkap.. “

Inilah artis contoh yang peminat mahukan, melawak boleh, mengaji pun pandai. Mungkin pada episod akan datang bolehlah Geng Ngaji menjemput Namie sekali lagi. Kali ini bagi ayat yang panjang sedikit, barulah puas mendengar alunan suara Namie itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Namie, IG Tarmizi-utn-
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

