Artis / Selebriti
” Sedap dengar versi Amad, versi lelaki yang tersakiti.. ” – Komen Netizen
Persembahan solo anak Siti Sairah, Amad menyampaikan lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita di sebuah majlis raih pujian ramai. Makin lama makin padu persembahan Amad, suara pun power. Siap ada peminat cilik naik pentas..
Anak lelaki Siti Sairah Taruddin yang juga merupakan adik kepada Umairah iaitu Amad antara bakat baru yang semakin bersinar dan dikenali. Amad mewarisi bakat ibunya dan darah seni yang mengalir dalam diri Amad menjadi satu kekuatan untuk Amad untuk meneruskan legasi keluarga Taruddin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan persembahan Amad di sebuah majlis. Amad kelihatan kemas dan segak dalam busana kurta dan digayakan bersama seluar slack hitam lengkap bersampin.
Untuk majlis ini, Amad mendendangkan lagu popular Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita. Amad mempunyai tone suara yang baik dan mampu membawakan lagu bernada tinggi dengan mudah dan sempurna. Smooth sahaja nyanyian Amad, lebih-lebih lagi part Amad menarik suaranya itu.

Amad seperti biasa menyanyikan dengan penuh penghayatan. Bak komen warganet, Amad menyanyi menggunakan hati dan nyanyiannya itu sampai ke jiwa. Vokal suara Amad yang mantap bukan hanya disukai oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak yang turut sama mengaguminya.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cepat bagitau sape si chumilll tecikkk tu. So adorable.. Ni takpe lelaki suara bkn aurat.. terbang tinggi moga blh bantu senangkan mak ayah.. “
” Waris lelaki pulak kan.. Mantap dik, boleh buat versi sendiri. Sedap dengar versi Amad.. ni versi lelaki yang tersakiti.. “
” Alhamdulillah. Darah seni katakan.. Satu makciknya penyanyi no. 1 Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.. Allahumma bariik.. “
” Comel je budak perempuan tu cuba nak pujuk tapi last-last pi juga haha.. Sedap dik suara awak.. semoga terus success.. “
” Amad, makin handsome lah hero sairah ni. suara tu makin padu makin aummm tau.. walid dah pesan… hati tu tggal kat rumah. jgn bawak ketegah pentas hehe.. penghayatan Amad memang A.. “
” Amad nie asal taknak menonjol mcm kakak dia,tapi itulah yg dikatakn bakat tu mmg dh ada,skali dia bukak mulut terus melekat suara feel dia mmg hebat amad teruskan.. “
” Suara Amad ni lunak lunak lemak manis.. dh ad peminat cilik yg impress mendengar.. suka suara Amad pelapis mamat exist dan ezad lazim.. “
Amad sememangnya mempunyai auranya tersendiri dan sekiranya bakat yang Amad ada ini terus diketengahkan, tidak mustahil Amad juga boleh bersinar seperti Umai. Semoga Amad terus maju jaya tidak hanya dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar Online, ig sitisairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


