Artis / Selebriti
” Scene ni patutnya jadi romantik, tapi awat jadi lawak bila tengok muka Anzalna, haha.. ” – Komen Netizen
Video Act Of Service oleh Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki buat ramai terhibur. Part last tu memang ramai dah jangka reaksi Anzalna. Baca kapsyen pun dah kelakar, haha..
Sebut sahaja nama pelakon, Anzalna Nasir, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik, malah keperibadiannya yang ceria dan bersahaja sering mencuri perhatian. Telatah ‘masuk air’ Anzalna juga membuatkan para peminat tidak pernah kering gusi setiap kali melihat perkongsiannya di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Anzalna, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki menghasilkan video content bertemakan Act of Service. Video tersebut menampilkan sisi spontan dan kelakar pasangan ini dalam rutin harian mereka sebagai suami isteri.
Menerusi video berkenaan, jelas memperlihatkan keprihatinan Hanif terhadap Anzalna. Reaksi Hanif yang tenang serta melayan kerenah isterinya dengan penuh kasih sayang turut dilihat cukup romantis. Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis oleh Anzalna juga mencuit hati para pembaca.

Perkongsian video ini sekali lagi telah mengundang tawa warganet yang terhibur melihat reaksi Anzalna. Malah tidak kurang juga yang memuji hubungan mesra serta keserasian pasangan ini yang dilihat sentiasa bahagia dan saling memahami.
Tonton video di bawah ini :
Meninjau di ruangan komen, pelbagai kata usikan turut diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik yang mencuri perhatian adalah :
” Scene ni patutnya jadi romantik, tapi awat jadi lawak bila tengok muka anzalna, haha.. Tak pernah serius lah Anzalna ni, haha.. “
” Walaupun takde suara, dah boleh dengar gelak dia macam mana. Hahahahaha.. Orang cantik memang kalau dia gelak tu tak dapat dibendung, ahah.. “
” Part cium tangan tu tolong reveal BTS please.. Dahh boleh bayang tahap gelak tu mcm mana, Anzalna memang kelakar.. “
” Saya macam boleh terdengar dengar tau dia mengilai walaupun video dah cut, aahahahaaahahha.. Aku suka couple ni.. “
” Boleh terngiang2 gelak gatal Anzalna walaupun tak dengar dalam video eh.. Geram ekk tengok Anzalna. Hahahaha.. “
” Sepatutnya i dpt rasa keromantisannya tp i hanya dpt ketawa saja memikirkan kejadian² di balik tabir mereka.. Mesti.. “
” Selalu yg muka cantik ni kalau buat lawak mmg paling lucu.. Please nak dengar part last tu, mesti kuat Anzalna ketawa, haha.. “
Perkongsian tersebut bukan sahaja mencuit hati, malah memperlihatkan keindahan hubungan suami isteri yang penuh gelak tawa dan kasih sayang. Tidak hairanlah setiap perkongsian Anzalna sentiasa mendapat perhatian dan menjadi kegemaran ramai di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anzalnanasir88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

