Artis / Selebriti
” Sayu hati bila dengar suara Amir, patut lah cikgu sorok part ni.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Menyanyi Part Chorus Lagu Haruman Terindah Buat Ramai Sebak. Alahai Suara Mendayu Amir Ni Buat Air Mata Mengalir Tanpa Sedar, Menusuk Ke Hati !!
Amir The Chosen One, nama yang menjadi sebutan ramai masa kini. Baik golongan dewasa mahu pun kanak-kanak, semua mengenali Amir. Hari Rabu memang dinanti-nantikan oleh semua peminat Amir untuk melihat persembahan Amir di pentas The Chosen One.
Dalam banyak lagu yang didendangkan oleh Amir, peminat sering meminta agar Amir menyanyi lagu viral, Haruman Terindah. Demi memenuhi permintaan semua, cikgu kepada Amir melatih Amir dan akhirnya Amir dapat menghafal lagu itu.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir mengalunkan chorus lagu tersebut. Kata admin akaun media sosial Amir ini, part chorus ini memang sengaja disimpan dan khas untuk semua yang merindu suara Amir.
Anugerah Allah pada anak kecil ini, alunan suara yang merdu dan tidak jemu didengar. Walaupun lagunya memerlukan nada suara yang tinggi, Amir tetap relax dan santai sahaja menyanyi. Tidak kedengaran langsung bunyi Amir mengambil nafas, hebat Amir. Kalau orang lain ni, mahu tercungap-cungap Amir oii.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Part chorus yg sngaja kami simpan,khas untuk yg rindukan suara Amir.Moga anugerah ini dapat jdikan asbab kami sebarkan mesej positif dan dakwah#diaridaripedalaman #evolusibintangbaharu #tco #berandatiktok #amirthechosenone #fypγ· #termojproduction #astroceria #harumanterindah @Termoj Production @kucing termoj
β¬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kenapa la merdu sgt dgr suara adik amir ni . mengalir airmata. anugerah dn ciptaan dri Allah. SubhanaAllah. moga adik amir terus berjaya dunia akhirat. amin.. ”
” Finally unuk nyanyi jgk lgu haruman terindahβ¦ sampai ke hati. syahdu sedap suara adik amir.. tq unuk dan cikgu-cikgu fansamir.. ”
” Nape hatiku sebak bila adik amir nyanyi lagu ni. sedap halwa telinga dgr amir nyanyi, lenggok suara tu buat acik nk dgr berulang2.. semoga terus berjaya wahai anak.. ”
” Lentok nyanyian adik amir mmg original and sedap sgt… kurniaan Allah untuk adik… langsung tak dengar nafas Amir walhal tone tinggi tu.. tahniah cikgu yg bawak adik amir sampai ke sini.. ”
” Gara-gara unuk la aku trus suka dgr lagu ni. Terus maju kedepan Amir.. In shaa Allah awak dapat capai cita2 awak.. ”
” Alhamdulillah Amir lunak suaramu.. Amir memang terbaik.. byk kali duk ulang.. x puas dgr nyanyian awk dik… aduhai awk mkn ape dik sedap sgt suara ni.. ”
” Sayu hati bila dengar suara Amir..Β yg aku heran tiap kalo tengok adik amir ni air mataku begenang.. anugerah terindah dari Allah.. semoga terus harum mewangi.. ”
Selepas ini tentu ramai akan merindui suara merdu Amir menyanyi. Semoga semua kegiatan dan nyanyian Amir masih lagi dimuatnaik oleh cikgu-cikgunya nanti. Apa-apa pun, teruskan berdakwah dan menyebarkan untuk kebaikan semua, selamat maju jaya Amir.
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah