Artis / Selebriti
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
Irfan Haris dedah dimaki seseorang kerana kakaknya, Amira Othman berkahwin dengan Fattah Amin. Ini respon Irfan apabila dimaki macam tu..
Meninjau ke akaun Instagram My audioplus, perkongsian Irfan Haris mengenai seseorang yang memaki dirinya kerana kakaknya, Amira Othman mengahwini Fattah Amin telah meraih perhatian ramai. Irfan sendiri terkejut dengan makian yang diberikan.
Mungkin kerana sikap peminat yang terlalu fanatik dan tidak menyukai perkahwinan Amira dan Fattah, Irfan pula yang menjadi sasaran. Irfan sendiri tidak mengetahui bagaimana nombor telefon personalnya boleh dapat ke tangan orang yang tidak diketahuinya.
Menurut Irfan lagi, Amira sendiri mengetahui akan perkara tersebut, namun sikap adik-beradik ini dalam menangani provokasi sebegini sangatlah dipuji ramai. Mereka mengambil langkah tenang dan tidak mudah melatah dengan apa jua caci maki.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun menerima kata-kata maki yang agak keterlaluan, Irfan mengakui tidak pernah menyimpan dendam. Malah, cara dia dan Amira menghadapi segala bentuk kecaman tetap sama sejak dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji cara Irfan menangani situasi tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak sangat mereka ini dibesarkan dalam keadaan Dan suasana yg healthy self-esteem tahniah to their parents.. “
” Kluarga amira ni mmg kluarga yg baik2. Smg yg baik2 aje lah utk mereka. Moga perkahwinan fattah dan amira kekal bahagia hingga ke syurga .. “
” Dorang adik beradik dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang, can see from the way they handle kecaman, so composed and mature. Keep it up .. “
” Bagus didikan mak ayah dorg ni kan.. alhamdulillah. Comel budak ni.. moga dpt dipertemukan jodoh yg baik2 ya dik irfan.. “
” Allah melihat setiap penulisan kita.. semua akan di hisab…tulis n berkata yg baik2..insyaallah baik2 kembali kpd kita.. ameen ya rabb.. “
” Sejenis adik beradik yang selalu positive in any situation .. Pttla irfan smpai nk letak jawatan.. jahatnya org yg maki adik online kami ni. “
” Haters kalau di layan dia lagi suka, sebab tu dorang suka komen provoke.. cara nya jgn layan…biar alone komenya.. “
Jelaslah yang cara Irfan Haris dan Amira Othman menangani kecaman dengan penuh sabar, doa dan sikap pemaaf menunjukkan kekuatan sebenar hubungan adik-beradik ini. Mereka memilih untuk tidak membalas dengan amarah, sebaliknya menjadikan kelembutan hati dan ketenangan sebagai perisai, sekali gus memberi teladan yang kedamaian lebih indah daripada melayan kebencian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Myaudioplus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti2 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


