Artis / Selebriti
” Saya muatnaik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi.. ” – DS Siti Nurhaliza
Tular Video Kejadian Di Belakang Pentas, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tampil Menjelaskan Apa Sebenarnya Yang Berlaku. Siap Ada Suara Tokti Lagi Dalam Video Ni. Yang Mana Cakap Tokti Marah Tu, Sila Tengok Yer !!
Sejak semalam tular diperkatakan di media sosial video kejadian di belakang pentas ketika berlangsungnya Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza. Reaksi wajah DS Siti pada ketika itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan ramai yang mengatakan DS Siti sedang marah berpandukan kepada riak wajah itu.
Ini membuatkan DS Siti terpanggil untuk menerangkan kejadian sebenar-benarnya. Menerusi akaun Instagram Ctdk, telah dikongsikan video asal yang viral itu yang ada kedengaran suaranya. Warganet dapat mendengar satu persatu perkataan yang dituturkan oleh DS Siti.
Bukan marah, cuma sekadar teguran kepada krew kerana DS Siti menyedari ear monitor belum on walhal hanya berbaki 3 saat sahaja pintu akan dibuka untuk DS Siti berjalan ke pentas utama. Berhadapan belasan ribu penonton, siapa sahaja yang tidak cemas jika kesilapan sebegini terjadi.
Jelas DS Siti di kapsyennya, ear monitor sangat penting kepada seorang penyanyi untuk mendengar muzik dan suara. Bayangkan jika ear monitor tidak dipasang ketika itu, tentunya persembahan DS Siti akan terjejas dan ianya sesuatu yang paling DS Siti cuba elakkan untuk terjadi di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
Beberapa jam selepas dikongsikan, perkongsian oleh DS Siti ini telah pun meraih hampir 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Marahlah saya Kak Iti, kalau ini dikatakan marah. Salute to you , for always being so professional and also sentiasa menjadi seorang figura yang membumi. Love you.. ”
” Ear monitor penting bila kat atas pentas, kalau org lelaki senang nak adjust kalau perempuan memang perlu orang lain adjustkan. Apapun u are the best ctdk.. ”
” Apa yang kak iti buat semua viral. Tapi kadang netizen ada suka mengandaikan sesuatu tanpa buat unsul periksa. Mcm tu pun di kata marah. Klu mcm tu di kata marah, min sanggup kena marah dgn Kak Iti.. ”
” Bukan marah tapi tegas bila bekerja. Kalau kita ditempat Tokti pasti risau sebab tiba2 ada problem teknikal. Kalo haters mmg pandang negatif isu ini. Tapi pada saya perkara normal. Tokti juga insan biasa.. ”
” Ni baru betul-betul clear apa tokti cakap. cuak bkn marah lah. gila sapa x cuak weh konsert besar kot.. ”
” Bila seorang yang perfectionist nak semua benda yang dibuat tu tampak perfect! That is ctdk .. salute lah.. ”
” Gigil wehh nebes nk perform tu dia dia cuak muke cuak nmpk bukan marah pun.. Loveeeeee part ni.. Sebagai sitizoners tegar, momen momen begini yang kami mahukan.. ”
Baru lah jelas kepada semua apa sebenarnya yang terjadi di belakang pentas pada saat itu. DS Siti bukan marah, cuma mimik mukanya sahaja yang menampakkan betapa cuaknya DS Siti. Bk kata DS Siti, chill sahaja. Apa-apa pun, DS Siti memang terbaik dan satu dalam sejuta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata ye bila orang tanya sayang macam mana, hanya deraian air mata.. ” – Komen Netizen