Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya ingat macam pandangan mata ke mata atau perasaan yang elektrik tu.. ” – Dr Izzar

Muatnaik beberapa posting mengenai drama Andai Tiada Dia, lakonan isterinya Ummi Nazeera, perkongsian oleh Dr. Izzar Anwari buat ramai terhibur. Part Dr Izzar tanya kepada chatGPT tu paling kelakar, haha..

Suami pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar sekali lagi telah mencuri perhatian warganet apabila berkongsi beberapa posting mengenai drama lakonan isterinya yang bertajuk ‘Andai Tiada Dia’. Menerusi posting pertama, Dr Izzar memuatnaik dirinya telah bertanya mengenai drama tersebut kepada chatGPT.

Manakala posting kedua pula memaparkan Dr Izzar bergambar bersama pelakon Zahiril Adzim yang turut membintangi drama ‘Andai Tiada Dia’ . Dr Izzar meminta agar Zahiril sebagai watak Falah memainkan peranan untuk membantu Suri (lakonan Ummi ) .

Menerusi posting ketiga pula Dr Izzar ada berkongsi cerita yang dia pernah bertanya kepada Ummi first scene watak Suri bertemu dengan Falah. Kata Ummi, awal-awal lagi dia sudah terkena elektrik. Namun setelah menonton episod semalam, baru Dr Izzar memahami apa yang dimaksudkan oleh Ummi.

Seperti biasa, perkongsian oleh Dr Izzar ini juga mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan kapsyen Dr Izzar sangat kelakar. Sehingga kini, perkongsian yang dimuatnaik oleh Dr Izzar telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur selepas membaca setiap perkongsian oleh Dr Izzar tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :

” Dr kali ni tak de pegang watak dr ke sambut bby suri.. Hahaha si Dr Omar ni jgn buat hal juga dlm drama ni kang kita plk terkejot nanti.. “

” Teruk sgt gaya Suri kena elektrik tu. Nasib tak arwah semalam.. Memang lawak cam citer hindustan saya tengok, hahahahaa.. “

” Hahahahah betul lah tu apa Ummi cakap, dia dah terkena elektrik, hahahaa.. Risau pula nanti sekali anak dlm perut keluar the flash hahahaha.. “

” Macam2 la Dr Izzar ni. Kita baca komen ni gelak sokmo. Suri mmg win always. Ratu airmata, hahahaha sampai berhingus2 kalau main watak nangis.. “

” Dari kejutan elektrik, terus turun ke hati Suri. Walau bukan yang pertama, insyaAllah mungkin yang terakhir kan doc, hehehe.. “

” Kelakar la caption doktor ni, kami dah agak doktor akan share apa2 kt ig bila ada je drama ummi.. Tp best laaa ummi. Pandai sgt berlakon.. “

” Tiber lawak giler hahahhahahah tak sangka suri kelakar.. Yg letrik tu bukan dia je terkejut.. Hakak pun ingat arwah dah.. Nasib hidup lagi.. “

Dr Izzar kalau tak kelakar memang tak sah. Ada sahaja idea yang difikirkan untuk posting mengenai drama terbaru Ummi Nazeera. Difahamkan drama ‘Andai Tiada Dia’ ini sangat menguji emosi para penonton yang begitu geram dengan watak Haikal dan Intan iaitu lakonan oleh Hisyam Hamid serta Mimi Lana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT