Artis / Selebriti
” Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis, saya berterima kasih.. ” – Janna Nick

Video Janna Nick Memberi Ucapan Ketika Di Majlis Resepsi Semalam Begitu Menyentuh Hati. Suara Janna Bergetar Menahan Tang1san, Seb4k Sungguh !!
Semalam menjadi saksi penyatuan 2 hati antara Janna Nick dan Dini Schatzmann. Pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan suami isteri yang sah. Dengan sekali lafaz sahaja Janna sah menjadi milik Dini dan ayah Janna, Muner bin Abdullah menikahkan sendiri anak perempuannya ini.
Selesai majlis ijab qabul, majlis resepsi bertemakan garden diadakan di Temple Tree Resort, Langkawi dan ianya dihadiri oleh ramai rakan artis antaranya Nora Danish, Shila Amzah, Elfira Loy dan Puteri Sarah Liyana. Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, satu video dari Instastory Nora telah pun dimuatnaik.
Dalam video ini, Janna menyampaikan ucapannya untuk semua tetamu yang hadir. Kata Janna, dia berterima kasih kepada semua rakan artis yang sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Langkawi semata-mata untuk memeriahkan majlis perkahwinannya ini.
Suasana bertukar seb4k apabila Janna mengatakan ianya memori yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila kerana asbab majlis ini, bapa dan ayah Janna bersatu sebagai sebuah keluarga. Sekian lama Janna menanti untuk seluruh keluarga bersatu, akhirnya impian menjadi kenyataan.
Jom tonton video di bawah :
Ucapan Janna begitu sarat dengan rasa sayu kerana kehidupannya tidak seperti keluarga normal yang lain. Hidup dalam keluarga yang berantakan, Janna menumpang kasih dengan nenek dan atoknya dari kecil lagi. Betapa kuat seorang yang bernama Janna Nick mengharungi pelbagai dugaan untuk sampai ke tahap sekarang.
Sesungguhnya Allah itu sebaik-sebaik pengatur, segala yang diaturkan untuk hidup Janna ada hikmah di sebaliknya. Dapat melihat seluruh keluarga sama-sama meraikan hari bahagianya ini, itu yang paling membahagiakan Janna. Semoga Janna sentiasa dikurniakan kegembiraan dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, IG Astro Gempak, IG Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin