Artis / Selebriti
” Sakitnya hilang anak, tengok je dah mengalir laju air mata ni.. ” – Komen Netizen

Perkongsian terbaru Raissuddin Hamzah mengenai arwah Siti Sarah buat ramai yang sebak. Kerinduan seorang ayah yang tak pernah padam untuk anaknya. Part ketika Raissuddin cerita masa melihat keranda arwah Sarah tu sedih sangat..
Hampir 4 tahun Siti Sarah Raissuddin kembali kepada Pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga ke saat ini. Jika peminat sendiri merasai ianya kehilangan yang cukup meninggalkan kesan di hati, apatah lagi perasaan ayah Sarah, Raissuddin Hamzah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan podcast Raissuddin berkongsi cerita mengenai arwah anaknya ini. Beberapa soalan diajukan kepada Raissuddin dan jawapannya menyentuh hati warganet.
Kata Raissuddin, seorang ayah atau ibu apabila kehilangan anak keadaannya memang teruk. Banyak kenangan bersama Sarah dan 37 tahun yang Allah berikan kepada Raissuddin untuk bersama Sarah sesuatu yang cukup bermakna. Sarah seorang anak yang baik dan sangat manja dengan Raissuddin.
Raissuddin turut mendedahkan lebih setahun masa yang diambilnya untuk menenangkan diri dan menerima kenyataan Sarah sudah tiada. Ketika menonton kembali video ketika jenazah Sarah diusung dalam keranda dan dikebumikan, Raissuddin memberitahu dia pasti akan menangis.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Gee sitisarahraissuddin Al Fatehah buat Mu disana . Semoga kau slalu bahagia dan tenang melihat anak anak Mu membesar jadi anak yang baik. Doa ku selalu mengiringi Mu. Al Fatehah.. “
” Betul. Sakit nya hilang anak. Tapi siapa lah kita nii nak berebut dgn Allah kan. Alfatihah buat siti sarah dan alfatihah buat anakanda mama Ali Hayden.. “
” Tengok je dah mengalir laju air mata aku ni.. perasaan seorang ayah yang kehilangan anak, satu-satunya anak perempuan yang dia ada.. AlFatihah buat Allahyarhammah Siti Sarah.. “
” Allah lebih menyayangi almarhumah ustazah. Semoga uncle raisuddin tabah,sabar Dan kuat. Saya faham perasaan uncle .saya pon kehilangan ibu hajah norlia last year.. “
” Walaupun sudah hampir 4 tahun arwah prgi tapi sampai skrng saya masih sedih.. saya hanya seorang peminat arwah tapi saya tahu dia seorang yg baik.. “
” Hati seorang ayah.. Pemergian yg sentiasa dirindui semua org. Moga syurga buat arwah. Tak pernah berhenti doakan.. “
” Kasih sayang seorang ayah, auto menangis dengar Raissuddin cerita tentang Sarah.. cinta yang tidak akan pernah berakhir untuk anaknya.. “
Cerita tentang kasih sayang dan cinta seorang ayah terhadap anaknya yang tidak mungkin akan pernah berkurang rasanya. Walau bertahun berlalu, nama Siti Sarah dan semua kenangan bersamanya akan sentiasa menjadi moment indah untuk Raissuddin kenang sepanjang hayatnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sebenarnya pada hari Ahad tu, anak saya sebelum ke asrama.. ” – Ibu Zara Qairina
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni aku gelak besar dengar Papa baca komen tu. Alif lam lam ha tak tahannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Part k1ss tangan tu sumpah cute. Tertib dan humble je dia, masya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pertama kali tengok anak sulung Kak Yatie garang macam ni. Tapi bagus, very protective kat adik dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berdekah tengok episod ni. Muka selamba je, siap baca skrip pengacara, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Sejujurnya, saya masih dibelenggu ketakutan.. ” – Aliff Aziz