Artis / Selebriti
” Sakitnya dengar Ardell nangis. AllahuAkbar, luluh hati ni.. ” – Komen Netizen

Video perbualan suara Ardell Aryana bersama ahli keluarganya buat ramai sebak. Sedihnya dengar Ardell menangis macam tu. Walaupun tak sihat, masih fikirkan kawan-kawan sekapalnya yang belum tahu nasibnya. Touching sangat..
Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, salah seorang peserta Misi Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana kini ditempatkan di hospital Istanbul kerana kesihatannya yang merosot. Ardell dikatakan dikasari sehingga tisu bahunya terkoyak dan Ardell mengalami tekanan darah rendah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nzrhfz dan Halisa Bashri, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan perbualan suara antara Ardell bersama ahli keluarganya. Menurut pemilik Tiktok ini, Ardell sekarang dalam proses recovery dan setelah menerima drip, baru lah Ardell mampu bercakap.
Mendengar perbualan Ardell ini mengundang air mata warganet. Suara Ardell, suara yang dirindu oleh ramai, bukan hanya ahli keluarganya sahaja, bahkan seluruh negara menanti perkhabaran mengenai Ardell. Suara Ardell bergetar dan Ardell tidak mampu menahan tangisannya ketika menyebut mengenai kawan-kawan sekapalnya.
Kata Ardell, dia sendiri 4 hari tidak diberi makan dan lebih merisaukan Ardell adalah kawan-kawannya yang masih berada dalam tahanan. Entah bagaimana nasib kawan-kawannya dan itu suara tangisan Ardell semakin deras kedengaran. Tentu banyak yang bermain dalam fikiran Ardell pada masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@nzrhfz Ardell kini sedang dalam proses recovery. Selepas menerima drip air, barulah dia mampu bersuara kembali. Sungguh, aku masih terperanjat kerana di fikiranku seolah, dia masih terkurung di penjara Issewel. Panggilan tadi terasa begitu tidak dijangka, ibarat mendengar suara yang telah hilang selama bertahun. Kami semua di sini berkongsi rasa yang sama. Namun hari ini, Alhamdulillah, segala syukur kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Penyayang, kerana masih memeliharanya. Dia kini selamat, meskipun tubuhnya luka ditumbuk dan disakiti oleh rejim zi0nis laknatullah. Aku bangga jadi sahabatnya kerana ketabahan jiwanya. Air mata jantanku tak terbendung dan akhirnya jatuh lagi. Kerana terlalu sedih, gembira, terkejut, dan terharu.
@halisa.bashri Mohon semua doakan kesihatan Ardell 🥹🤲🏻 #ardell
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengar dia cakap kawan kawan lain dekat penjara lagi . tak dapat makan lagi . 4 hari dah tak makan . Al-Quran tak dapat nak diselamatkan.. “
” ” Alhamdullilah i selamat, tapi kawan2 kapal i semua dalam penjara lagi.. tak dapat makan.. i pun 4 hari tak dapat makan.. dalam penjara xdpt minum..al-quran semua tak dapat selamat.. semua brg2 i xde.. ” kak ardell sedihnya dengar.. “
” Seorg kwn yg hebat.. dia menangis dia terus ckp kwn2 dia yg dlm kapal .. mcm mana lah keadaan maria.. trauma dia kuat, mental fizikal koyak teruk.. “
” Kita semua dh menang ardel … sakitnyaa hatii ni dgr ardel menangis mcm nii.. cpt sembuh ardell.. kami semua ada dgn ardell.. “
” Ya Allah.. dlam sakit dia masih fikirkan kwn² sekapal dia.. msti dia rindu maria.. kau insan yg sgt² kuat ardel.. luluh hati dengar dia menangis sebab kawan-kawan seperjuangan dia.. “
” Dengar dia nangis teresak-esak macamtu Ya Allah dengan kita sekali nangis.. dia cakap pasal al-quran dia, sedihnya.. Ardell nangis, kami semua turut menangis.. “
” Nangis la Ardell.. dh lama sgt awk tahan, dah lama sangat awk kuat depan kami semua,lepaskan segala yg awk rasa.. kesiannya ardell, tangisan Ardell lebih kepada kekecewaan dari kesakitan.. “
” Sakitnya dengar ardell nangiss.. Allahuakbar .. moga cepat sembuh Kak ardell.. balik ke malaysia dfn selamat dan sihat.. syafakillah.. “
Tak kuat rasanya mendengar tangisan Ardell itu. Pastinya banyak kelukaan dan kesedihan yang Ardell sedang tanggung. Sama-sama kita mendoakan agar Ardell cepat sembuh seperti sediakala. Semoga segala yang baik-baik untuk Ardell dan segala pengorbanan Ardell dibalas pahala yang berganda.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nzrhfz, Tiktok Halisa.bashri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen