Artis / Selebriti
” Rosak Hazama bila Kepom ajak nyanyi dangdut, haha.. ” – Komen Netizen
Video duet Elly Mazlein bersama Hazama menyanyikan lagu dangdut Yang Tersayang nyanyian asal Amelina buat ramai terhibur. Terkejut Kepom tengok Hazama gelek, berdekah dua-dua gelak masa tengah menyanyi. Dua-dua masuk air, haha..
Meninjau di akaun radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Hazama telah menjadi tetamu jemputan menerusi segmen Carta Era 40 bersama penyampai radio, Elly Mazlein pada minggu ini. Menerusi video-video yang dikongsikan itu, beberapa topik telah diborak oleh Hazama dan Elly.
Antara yang diborak mereka adalah mengenai album yang dibuat Hazama dan lagu terbarunya, ‘ Aku Bukan Narsisis ‘ yang menjadi OST untuk drama bertajuk Dia Bukan Syurga. Seperti biasa, artis jemputan di segmen Carta Era pasti akan berduet menyanyi bersama Elly.
Kali ini, Hazama dan Elly memilih lagu dangdut bertajuk ‘ Yang Tersayang’ nyanyian asal oleh penyanyi Amelina serta Iwan. Namun, telatah mereka berdua ketika menyanyi telah mengundang tawa warganet. Manakan tidak, awal-awal lagi Hazama berkongsi tarian geleknya.

Usik warganet, sesiapa sahaja yang berduet menyanyi bersama Elly pasti akan menjadi perangai ‘masuk air’ seperti Elly juga. Bukan itu sahaja, seloroh warganet lagi, kali ini Elly kalah dengan tarian gelek yang dilakukan oleh Hazama tersebut. Sehingga kini, video duet Hazama dan Elly menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan video duet Elly serta Hazama ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pengsan la korang dua ni, masuk air sungguh, haha.. Memang no syattuuuuu lah kome kome ni.. Terhibur betul.. “
” Ni bukan Amalina, tapi Kelina, haha.. Teringat zaman karaoke jamban.. Ceni lah gaya jugak masing-masing kalau karoks.. “
” Rosak Hazama bila Kepom ajak nyanyi dangdut, hahaha penat weh gelak tengok perangai Hazama, Kepom time menyanyi.. “
” Very entertaininglah korang.. Sedap lagu Iwan ni.. Dangdut yang sedap.. Btw hampir tadi tak kenal Hazama, amboi kemain gelek yer.. “
” Kali ni Kepom kalah goyang dengan Hazama.. Hazama menang, haha.. Ngam teruk ar dua2 ni.. Lawak giler, hahahahaha.. “
” Sape2 yang join kepom kompom gosak dekkk.. Ce kepom pelawe m.nasir niok kalau tak caya gosak tak gosak, haha.. “
” Habis Hazama rosak dah..Gheghammmmm ehhh dengan Kepom ni.. Reaksi muka selenger dia spontan tau, hehhehehe.. “
Kelakar sungguh reaksi terkejut Elly apabila melihat Hazama menari. Apa-apa pun, nyanyian duet Hazama bersama Elly sememangnya sedap didengar. Bak komen warganet, Elly antara penyanyi yang serba boleh, semua genre lagu Elly mampu membawanya dengan baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

