Artis / Selebriti
” YB dengan PMX ni masa tahun bila ni. Macam dia, macam tidak, tak tahu lah.. ” – Nabil Ahmad
Video respon YB Syed Saddiq apabila Nabil Ahmad menunjukkan video seorang pelajar sekolah lelaki yang begitu mirip wajahnya dengan YB Saddiq buat ramai terhibur. Sebelum ni versi penari, kali ni versi pelajar sekolah pulak, sebijik betul. Respon YB Saddiq pun kelakar, haha..
Sebelum ini telah tular sebuah video seorang lelaki sedang menari yang wajahnya mirip YB Syed Saddiq. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga ada yang bergurau dengan menyatakan YB sudah pandai menari.
Kali ni tular pula wajah seorang pelajar sekolah yang mirip YB sedang menerima anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Sekali pandang nampak seperti wajah YB ketika muda di zaman persekolahan pula.
Video tersebut telah dimuatnaik di akaun Tiktok RTM Malaysia dan telah mendapat ribuan tontonan. Pada hari ini, YB telah dijemput ke konti Era dan sempat diusik oleh Nabil mengenai video terbaru yang telah tular. Nabil bertanya video tersebut pada tahun berapa sambil tertawa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jawapan yang diberikan oleh YB juga menghiburkan dan turut ada bersama YB ketika di konti radio Era ialah Bella Astillah.
Jom tonton video di bawah :
@radiotelevisyenmalaysia Min macam βfamiliarβ dengan salah seorang pelajar cemerlang yang menerima Peranti MADANI eKasih di ProgramMADANIRakyatN9. Semoga adik terus cemerlang dan mungkin bakal menjadi ahli parlimen di Negeri Sembilan nanti.π #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #BersamaMalaysiaku @Anwar Ibrahim
β¬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
@era.je Adoiii, banyak betul lah eh YB Syed Saddiq punya kembar. Semalam video kembar YB menari, ni video ambik anugerah pulak. π #sharERA #3PAGIERA #fyp
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Syed Saddiq versi download tak lengkap.. Ada rupa. Nanti 20 tahun ke atas, hensem la tu. Bkn bdk tu nk salam. tpiiiii.. “
” Hahaha syed saddiq ada iras..Β macam syed Sadiq je perlajar murid tu.. Kuat bahan nabil ni.. Laki yg fit takpe… bukan laki yg hisap fit.. “
” Menyamar ehhh? ingat kami x tau…. HAHAHA dah makin ramai pulak sama muka ni abis la.. Lepas ni cari kembar Bella pulak.. “
” YB SS versi Temu.. nampak mcm suka tp terpaksa. Gerakan dia pun hampir sama. nmpak sama tp bukan dia. Kuat laa geng era menyakat bass.. “
” Semua ada 7 orang yang sama.. Makin bertambah kembar yb.. Nabil ni tau btw Nabil always youngers walau sudah lebih 40.. ”Β
” Kami doakan semoga YB dan Bella akan dijodohkan dan semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin. Bestnya era live td meriah Cam hari raya.. “
Dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang mempunyai wajah seiras dengan kita. YB Syed Saddiq telah menjumpai dua orang yang seiras dengan dirinya. Jadi tinggal empat orang lagi YB kena cari. Lepas ni versi apa pula yang bakal dijumpai untuk wajah seiras YB Syed Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Rtm Malaysia, Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

