Artis / Selebriti
” Risau betul dengan postmortem kejap lagi. Habis la kena, haha.. ” – Komen Netizen
Video Moment Mencemaskan Di Atas Pentas Ketika Ziana Zain Sedang Menyanyi Di Konsert Ziana Zain 2024. Fuh Kelam Kabut Kru Betulkan Atas Pentas. Nasib Lah Ziana Ni Profesional !!
Semalam tanggal 25 Mei telah berlangsungnya Ziana Zain Consert 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Puluhan lagu hits Ziana sepanjang 33 tahun penglibatannya dalam industri seni dipersembahkan dalam konsert itu. Sambutan peminat juga memberangsangkan dan konsert ini berlangsung dengan begitu meriah.
Meninjau akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu kejadian yang tidak diduga terjadi ketika Ziana sedang mempersembahkan nyanyiannya. Ear monitor yang dipasangkan pada telinga Ziana tidak berfungsi dan ini membuatkan Ziana tidak mendengar bunyi muzik dengan baik.
Tidak menggelabah dan pandai mengawal suasana, Ziana tetap meneruskan nyanyiannya dan sesekali Ziana diam seketika untuk memberikan laluan kepada petugas yang berdiri di belakangnya untuk membetulkan ear monitor. Cemas juga apabila terjadi masalah teknikal seperti ini dalam konsert besar.
Warganet turut mengaitkan kejadian ini sama seperti yang terjadi kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika konsert baru-baru ini. Ear monitor antara kelengkapan penting dan ia boleh menjejaskan mutu persembahan seseorang artis. Mujur lah Ziana sudah banyak pengalaman dan mampu mengawal keadaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ear monitor paling penting.. kadang ramai tak ambil kisah.. tapi tu paling penting.. kadang kalau suara kita kat monitor kat majlis kawin tak dapat kita dengar, nyanyi karaoke pun boleh kelaut dikk.. apatah lagi konsert mega sebegini.. nampak kak zz tetap pro.. good job kak.. ”
” Risauu betoll dgn postmortem kjp lgii. Hbs la kena waktu postmortem, bukan setakat kelat. Hbs kena masin nnti haha.. ”
” Love her voice. Ada buat concert ke ..a must go ni.. The difference of a Pro.. Go Ziana Zain.. terbaik antara yang terbaik.. ”
” Proud of u Sis…. relax dan senyum je.. Patot laaa tokti bg bombastic side eye masa ear monitor dia problem. Penting kot bila nk perform atas stage. Luv u kak gee iamzianazain.. ”
” Ini yg ctdk hadap masa konsert dia tu. Yg video viral blakang pentas, muka ketat tu. Ear monitor problem, naya oii.. ”
” Sebab tu tokti pentingkan ear monitor.. satu je nak cakap, terbaik lah Ziana. cool je terbaik lah.. ”
” Diva yang hebat.. even tak fungsi ear monitor tetap boleh nyanyi lagi.. professional sungguh yg penting”
” Good job kak Gee.. relex tenangg je dia.. x gelabah.. skrang bru korang fhamkan.. sbb tu toktie bgi “jelingan maut” msa kes dia viral kt blakang pntas tuari.. bnda ni jgn dbuat mmain.. lbih2 lg konsert besar cmni… xkena gaya sumbang mmbang jdinya.. konset besar kut.. ”
Sikap profesional Ziana dan caranya mengawal keadaan di atas pentas memang wajar dipuji. Walaupun tidak mendengar bunyi muzik dan suara, Ziana masih tetap meneruskan nyanyian dengan penuh yakin. Agak-agaknya apa yang bakal terjadi sewaktu postmortem selepas konsert nanti. Jaga-jaga jangan Ziana angkat kening. Awas ye, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen