Artis / Selebriti
” Rina yang terlebih menghayati lagu nyanyian Omma.. ” – Netizen
Video Anak Maryam You Narae, Rina Yang Sebak Ketika Mendengar Ibunya Menyanyi Lagu Bidadari Syurga Buat Ramai Terhibur. Alahai, Kuat Drama Lah Rina Ni. Suara Omma Rina Tu Merdu Dan Menusuk Ke Hati, Patut Lah Rina Sedih !!
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian sebuah video yang memaparkan Maryam menyanyikan lagu Bidadari Syurga yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah meraih perhatian ramai orang.
Maryam telah mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi dan turut ditemani anak Maryam iaitu Rina. Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat Rina apabila mendengar nyanyian ibunya. Rina kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.
Cikgu Shafi yang berada berdekatan Rina sudah mula tertawa melihat gelagat Rina. Seolah-olah Rina faham apa yang dimaksudkan oleh lagu tersebut sahaja. Kapsyen yang ditulis oleh Maryam pula tambah menghiburkan. Kuat drama lah Rina ni.
Selain daripada gelagat Rina, suara nyanyian Maryam juga turut mencur1 perhatian warganet. Ternyata Maryam sememangnya boleh menyanyi kerana Maryam memiliki tone suara yang merdu. Nyanyian Maryam juga tiada kedengaran pelat Korea langsung.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Perasaan pertama yang Maryam sentuh ; Rina. Maryam masuk the mask singer malaysia ke? Alamak sudah kantoi.. tp which mask ek? “
” Habislah penyanyi lain tk blh cari mkn… sedap suara Maryam.. Haaa ni ada masuk masked singer ke haha.. drama betul si rina ni.. “
” Wah best nya suara Maryam.. rina sentiasa tersak1ti.. Maryam nyanyi version korea pulak. Mesti lagi menusuk ke kalbu.. “
” Bdk2 ni kdg2 dia boleh baca rentak lagu. anak saya kdg2 xtahu maksud, tp dgr rentak sedih dia xbg saya bukak. dia kata nnti dia rasa sedih sbb lagu tu mcm sedih je.. “
” Aku nangis tgk rina nangis gitu. tp nk kelaka jugak tgk gelagat dia. ape yg difikir rina agknye. nk luah mgkin x pndai susun ayat. tp rina mmg drma queen lah.. “
” Pandai la rina menghayati lagu ommanya nanyi.. orang korea suara sume sedap wehh vocal bestt.. Sedap sgt mmg kena dgn lagu ni… “
” Rina yg terlebih menghayati lagu nyanyian maryamyunrrr .. dan rina dgr cara omma dia lantunkan vokal, suara omma dia menjiwai bait lagu tu buat dia sebakkkkk sobssss.. “
Agaknya apa yang difikirkan oleh Maryam apabila mendengar ibunya menyanyi. Adakah Maryam terlalu sebak kerana suara Omma yang sangat merdu atau sebaliknya, hehe. Apa pun, all the best buat Maryam. Mana tahu suatu masa Maryam menjadi penyanyi pula.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyurr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen