Artis / Selebriti
” Respect Rina boleh makan Octopus mentah. Kita yang tua ni nak telan tak boleh.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Anak Maryam You Narae, Rina makan Baby Optopus mentah ketika pulang ke Korea raih perhatian ramai. Alahai Rina, bergerak-gerak lagi Optopus tu, habis satu pinggan Rina makan. Part last tu Rina sampai hirup pinggan, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik duriankimchijunior, telah dikongsikan video pempengaruh media sosial, Maryam You Narae sekarang sedang berada di Korea bersama anak dan suaminya, Rina dan Ryzal Ibrahim pulang ke kampung halamannya.
Maryam berkongsi beberapa tempat yang dikunjungi mereka sepanjang berada di Korea dan antaranya adalah Pasar Korea. Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Rina sedang makan beberapa makanan yang dibeli sekitar pasar tersebut.
Selain itu, Maryam juga berkongsi video yang memaparkan gelagat Rina mencuba makan octopus menerusi akaun Tiktok miliknya. Telatah Rina yang langsung tidak memilih makanan dan berjaya menghabiskan satu pinggan octopus menarik perhatian warganet.

Ramai yang memuji sikap Rina yang langsung tidak memilih makanan dan seloroh warganet, betapa untungnya Maryam dan Ryzal memiliki anak seperti Rina kerana mudah untuk membawa ke mana sahaja serta tidak perlu fikir makanan tertentu untuk disediakan kepada Rina.
Tonton video di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya )
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@duriankimchi_juni8 #octopus #nikyourina #maryam #ryzalibrhm #duriankimchimukbang #duriankimchi #duriankimchijunior #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video Rina ini dan pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Senang bawa jalan budak comel ni. Makan tak kisah, excited je. hehe.. Comel pula tu tengok dia makan, kita pula jadi terliur.. “
” Best lah Rina.. Salji baru turun.. Tengok Rina mkn sedap jer… Dulu pi pasar tu tak berani nak beli makanan.. Padahal byak je makan boleh makan sebenarnya.. “
” Happy Holiday Rina comel.. Tengok Rina makan pun rasa sedap.. Hehehe.. Bagus betul lah dia, semua makanan dia tak tolak.. Makan je semua.. “
” Anak dia well behaved.. Manner…. Not picky eater.. Hebat Rina blh habis makan sannakji tu 1 pinggan..Berselera sungguh Rina makan.. Soooo cute.. “
” Bagus Rina ni makan je apa yg omma dia bagi. Bagus Rina ni apa pun mkn tak cerewet asal di bagi mkn je, hehe comel betul.. “
“Rina u will grow up having marvelous palate.. seems like u can adapt eating lots n different kind of meals growing up.. “
” Aku juga respect Rina leh mkn Octopus mentah.. Kita yang tua2 ni nk telan pun rasa tak boleh.. Tapi rasa kagum lah dengar Rina boleh cakap tiga bahasa.. “
Alahai pandai sungguh Rina makan optopus tu. Selain tu, warganet juga kagum mendengar kepetahan Rina bertutur dalam tiga bahasa iaitu Melayu, English dan Korea. Semoga Rina terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua ibu dan bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior, duriankimchi_juni8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

