Artis / Selebriti
” Rare betul cara bagi gift, anak nombor dua memang luar biasa.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Anzalna Nasir bagi hadiah kejutan sempena hari ibu buat ramai terhibur. Amboi Emirhan, macam tu je dia bagi hadiah kat Mummy, terkejut Anzalna dibuatnya. Random sungguh anak nombor dua ni, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Hanif Zaki, perkongsian sebuah video yang memaparkan dua orang cahaya mata Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan memberikan hadiah bersempena hari ibu yang disambut semalam telah meraih perhatian ramai.
Eidrees dan Emirhan menyediakan sebuah kad hari ibu bersama sejambak bunga. Ketika Eidrees memasuki pintu rumah, Eidrees menyerahkan bunga kepada ibunya dengan cara yang cukup sopan, manakala berbeza buat Emirhan yang mencampak bunga kepada ibunya.
Gelagat Emirhan itu membuatkan Anzalna terhibur dan tertawa. Emirhan pula tersenyum malu ketika mencampakkan bunga tersebut. Alamak, tak sweet lah Emirhan ni. Mesti Emirhan malu-malu untuk menunjukkan cara sweet di hadapan ibunya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen, Hanif turut berterima kasih kepada isterinya kerana menjadi suri hatinnya dan menjaga anak-anak dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat anak kedua Anzalna. Antara komen-komen yang diberikan :
” Anak no. 2 memang selalu random kan… Kita geng anak nomb 2 suka buat onar hihihi.. lain dari yang lain sangat ni, haha.. “
” Bertuah betul ank no 2 ye dia takde nk feeling caring tu.. mak engko tak sempat nak kecik hati nakkk oii bile bunga dibaling gitu je, dia lebih geli hati drpd kecik hati .. “
” He’s trying to be romantic but at the same time he’s second child.. Ya Allah! No 2 is always on top character.. haha funny.. “
” Ank no 2 mmg luar biasa.. ank no.2 memg gitu ek..sabo je.. emirhan, dia baling aje.. haha.. random betul dia.. haha.. “
” Hahaha aduh still my feveret Emirhan. Rare betul cara bg gift.. nti lakon kan balik kasi jadi.. Sebenarnye Hanif yg iras Putin bkn Emirhan.. “
” Hahahaha anak no 2 always random.. adikk kenapa macam tu.. girlfren boleh lari macam ni.. tak sweet langsung, haha.. “
” Yang pelik2 mesti ada no 2.. ank no 1 sy dgn no 2 mmg contra, no 1 ssh nk jaga dr kck selalu x sihat semput, allergies,lasak n picky eater, ank no 2 sng jaga.. “
Baru nak feeling sweet kan tetapi gelagat anak kedua memang tidak dijangkakan. Random sangat perangai Emirhan ini. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari ibu buat Anzalna Nasir dan juga buat semua di luar sana yang bergelar ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanif Zaki
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

