Artis / Selebriti
” Pertama sekali, Ryzal mohon maaf atas kekhilafan dalam video itu.. ” – Ryzal Ibrahim

Terima kritikan kerana anaknya terlanggar Al-Quran, Ryzal Ibrahim tampil buat permohonan maaf. Ryzal pun tak sedar Rina datang dari belakang. Kesian Ryzal, asyik kena kecam je..
Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang menunjukkan anak kepada personaliti media sosial terkenal, Nik Muhammad Ryzal, iaitu Rina, secara tidak sengaja terlanggar Al-Quran ketika terkejut melihat papan rehalnya telah patah menerima kecaman netizen.
Video berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet yang menyuarakan rasa kurang senang dan prihatin terhadap insiden tersebut. Mengambil tanggungjawab sebagai bapa, Ryzal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam atas kelalaian yang berlaku.
Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun media sosial miliknya, Ryzal menjelaskan yang kejadian itu berlaku tanpa disengajakan dan anaknya yang masih kecil belum memahami sepenuhnya nilai dan adab terhadap kitab suci Al-Quran.
Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik. Ryzal juga berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan agar tidak berulang lagi dan sebagai manusia biasa masih banyak perlu dipelajari.
Permohonan maaf dari Ryzal :
Permohonan maaf Ryzal turut disambut dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang memahami situasi tersebut dan tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bila sy tgk video ryzal tu..first terus sy senyum..sukanya tgk family ni..sbb x semua org berpeluang dpt buat mcm ni..lps tu tiba2 hati terdetik…ni kang mesti ramai yg ckp mcm2 psl tu.. “
” Bg sy..selagi mana kita ni hamba Allah…kita semua x sempurna…terus sebarkan kebaikan pd semua k.. Agaknya kalau org2 yg komen ni pergi mekah, mesti lagi terkejut.. “
” Org arab kdg letak kat bawah je atas sejadah tepi kaki bila masuk waktu solat letak bawah, sembahyang. Mohon bertenang, benda yang tak kena di mata tu terus nk komen.. “
” Pada saya situasi tu pun nmpak dia kelam kabut…kesian tk habis2 kna kecam tegur la baik2 saya komen bukan sbb sya peminat fmly dia saje tapi yg kecam tu agak2 la.. “
” Its ok .. kami yg berakal ni faham je. biarkan mereka. mengecam org mcm mereka terpaling maksum. Sy perasan xdi.. tapi dlm hati ryzal xsengaja sbb rina nages.. jd xde sy komen.. “
” Netizen ni kalau bercakap@ menulis komen seolah2 diri sendiri tak pernah& takkan buat salah silap@ buat sesuatu di luar jangkaan.bukan tak boleh menegur tp menegur pun mestilah beradab.. “
” Waktu sy tgk tu sy dpt rasa ryzalibrhm xperasan pun..sbb spontan..InsyaAllah sebagai peringatan untuk masa hadapan..yg menegur jgnlah sampai menghina.. “
Sebagai seorang bapa dan figura awam, tindakan Ryzal memohon maaf secara terbuka menunjukkan sikap bertanggungjawab yang wajar dicontohi. Apa-apa pun, rata-rata menghargai keterbukaan Ryzal dalam mengakui kesilapan dan memperbetulkan keadaan. Boleh tonton video kejadian di sini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin