Artis / Selebriti
” Penguatkuasa tu nak saman kereta, terus tak jadi. Blurr terus kawan tu, haha.. ” – Netizen
Video ‘ Terpaling Duta’ Yang Dibuat Oleh Fikry Ibrahim Buat Ramai Terhibur. Memang Betul-Betul Buat Kerja, Paling Mahal Komisyen Ni. Terpaling Duta Ni, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti pelakon Fikry Ibrahim di akaun Instagram, pasti mengetahui Fikry suka memuatnaik video content yang menghiburkan ramai. Ada sahaja telatahnya membuat warganet tak kering gusi ketawa. Antara yang mencuit hati adalah video Fikry menyakat ibu tersayang.
Terbaru, Fikry ada memuatnaik satu video yang ditulisnya pada ruangan kapsyen ‘ Terpaling Duta ‘ . Pada awal video, Fikry telah menegur seorang lelaki yang sedang memilih baju dan Fikry memperkenalkan dirinya adalah ‘Duta’ sambil bersalaman.
Selepas itu, Fikry berjumpa lagi seorang lagi pembeli dan menyebut hal yang sama serta menepuk bahu lelaki itu. Bukan itu sahaja, Fikry juga bertegur seorang penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas dengan menunjukkan satu kertas yang ditulis ‘Saya Duta’ .

Reaksi penguatkuasa yang seakan terkejut dan terpinga-pinga dengan kehadiran Fikry itu mencuit hati warganet. Ada peminat berseloroh mengatakan yang Fikry begitu rajin dalam kerjanya bergelar seorang duta dan tiada lagi duta lain mampu melakukan seperti Fikry.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan lakonan Fikry. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Penguatkuasa tu nak saman kereta, terus tak jadi. Blurr terus kawan tu, haha.. Ni baru betol duta buat kerja promote sekali barang hahaha.. “
” Hang buat kerja sungguh noh Fikry, habis lah duta lain tak dapat komisyen, semua hang cakau habis dah, hahaha.. Win betul terpaling duta.. “
” Ni dinamakan duta buat kerja, hahahaha.. Pls sambung lagi kontrak dia lagi 5 tahun.. Macam ni lah baru betul buat kerja.. “
” Lempang kang baru tau.. Napa tak jer terus pergi duduk tengah-tengah jalan duta tu, kan senang, hahahaa.. Kelakar arr.. “
” Kena besar kan lg font tu..pakai board besar sikit..org x nampak “SAYA DUTA” tu.. Mesti penguatkuasa tu tak jadi nk saman sebab terkejot, haha.. “
” Orang lain pun jadi duta juga tapi takde la sampai macam ni, hahahahaha.. Memang dah terpaling duta sangat dah ni.. “
” Terpalingg angkuh, hahaha.. Adoi tak pernah lagi lah tak lawak Fikry ni.. Bagus2.. Suka tengok, hahaha… Untung lah jenama mana ambik Fikry jadi duta.. “
Ada sahaja idea Fikry membuat content yang kelakar dan mencuit hati ramai. Paling tak tahan sanggup berdiri tengah panas sambil menunjukkan kertas dia sebagai duta. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah hiburan daripada Fikry buat para pengikutnya di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fikryibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen



