Connect with us

Artis / Selebriti

” Pel0kan tu nampak pel0kan ikhlas bukan berlakon punya. Penuh kasih sayang.. ” – Netizen

Video Linda Onn Bertemu Auntie Cleaner Di Radio Era Setelah Sekian Lama Tak Jumpa Buat Warganet Tersentuh. Rindu Betul Auntie Dengan Linda. Pel0k Tak Lepas, Sebak Tengok !!

1 Ogos merupakan sambutan ulangtahun Era FM yang ke 25 tahun dan ramai bekas-bekas penyampai Era diundang ke studio. Linda Onn antara penyampai awal Radio Era yang memeriahkan konti kelmarin. Meninjau akaun Tik Tok Linda Onn, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kembali Linda dan seorang Auntie yang dipanggilnya sebagai Ayie.

Auntie ini adalah cleaner yang bertugas di Era. Banyak kenangan bersama Auntie dan kata Linda mereka selalu berkongsi cerita dahulu. Tambah Linda lagi, perkara pertama yang Linda tidak sabar untuk datang ke Era pada hari itu adalah kerana ingin bertemu Auntie.

Manakan tidak, bertahun-tahun tidak bertemu, sekali berjumpa berpel0kan erat dan menjer1t kegembiraan Linda. Auntie tidak pernah dipandang oleh Linda sebagai cleaner tetapi dia adalah teman yang tidak pernah jemu Linda. Auntie ini juga bukan biasa-biasa, ada restoran sendiri, namun tetap bekerja kerana seorang yang suka bekerja.

Seronok warganet melihat kemesraan dan keakraban antara Linda dan Auntie. Berlainan agama dan bangsa tidak menjadi alasan untuk mereka berkasih sayang. Salute juga pada Linda kerana melayani Auntie seperti mak sendiri walaupun hanya orang luar.

Jom tonton video di bawah :

@lindaonn

Mula Linda on air di @era.je pukul 10 pagi. Time tu juga ayie (Linda panggil dia ayie)… Dia masuk untuk sapu studio, lap gelas, lap meja, vacuum… Sampai terbersin bersin Linda jadinya 🤣🤣.. Dan setiap kali tu juga kita berkongsi cerita.. ayie bukan saja cleaner disitu.. dia ada restoran .. tapi dia nak kerja.. sebab dia suka kerja. Cakap je negara mana dia tak sampai, satu dunia dia dah round. Bila sampai Era, jumpa ayie.. sungguh dapat lepas rinduuu. Tadi ayie nasihat Linda.. teruskan meniaga. Walaupun untung sikit.. untung kecik.. teruskan.. Jangan untung besar tapi pening kepala, susah hidup. Love u, ayie… Tak pernah sekali Linda pandang dia sebagai cleaner.. dia adalah teman.. teman yg tak pernah jemu dengan Linda ..dia adalah teman Linda berbual di studio dulu 🥰🥰..

♬ original sound – Linda Onn – Linda Onn

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Dekat sini jelas.. BANGSA DAN AGAMA tak menghalang kita berkasih dan berkawan… say no to rascis… love.. ”

” This is truth of Satu Malaysia – Keluarga Muhibah.. true friendship x kira bangsa dan agama. marvelous.. ”

” Lama auntie ni kerja dekat astro.. Macam anak dengan mak…. Muke Linda onn pun ada macam chinese.. ”

” Wah erti persahabatan, sweetnya Linda dengan Auntie.. alhamdulillah. terbaik linda onn.. kasih sayang tak perlukan sempadan, janji ikhlas menghargai.. ”

” Pel0kan tu, nampak pel0kan ikhlas ye. Bukan pel0k berlakon berlakon punye. Penuh kasih sayang.. ”

” Sayang betul Auntie dengan Kak Linda ye.. purest love.. Nampak sangat keikhlasan berkawan sesama manusia.. ”

” Sayang tanpa sempadan, bagusnya Linda layan macam mak dia sendiri je. pelokan kerinduan tu berpuluh tahun tak jumpa gamaknya.. ”

Terlerai rindu Linda pada Auntie begitu juga sebaliknya. Moment yang menyentuh hati dan pastinya akan menjadi kenangan manis untuk Linda dan Auntie. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan sentiasa berkekalan baik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Linda Onn

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT