Artis / Selebriti
” Patut lah peminat tak dapat hidu. Pandai betul simpan rahsia ye.. ” – Komen Netizen
Video Syasya Rizal Dan Suaminya, Nasrullah Menjawab Soalan Detik Perkenalan Mereka Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweetnya, Dah Lama Rupanya Nash Aim Syasya. Pandai Simpan Rahsia, Akhirnya Selamat Jadi Suami Isteri !!
Pasangan pengantin baru, Syasya Rizal dan Nasrullah antara pasangan pengantin yang mendapat perhatian warganet. Syasya pernah membuat peminat kumpulan Dolla tidak tentu arah apabila tiba-tiba menarik diri daripada kumpulan tersebut. Lebih mengejutkan apabila tiba-tiba sahaja Syasya berkahwin.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Syasya dan Nasrullah dijemput ke konti Era sebagai tetamu jemputan untuk ditemuramah bersama team 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad.
Penampilan Syasya yang menutup aurat dan memakai pakaian yang tertutup meraih pujian ramai. Sopan dan kelihatan semakin ayu Syasya dalam imej barunya ini. Menerusi temubual tersebut, pelbagai soalan diajukan oleh geng 3 Pagi Era kepada Syasya dan Nasrullah.

Bukan setahun mengenali antara satu sama lain, Nasrullah sebenarnya adalah kawan kepada abang Syasya. Malah mereka sudah berkawan sejak masih kanak-kanak lagi. Hubungan mereka mula serius 2 tahun yang lalu dan ianya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Manis betul syasya … alhamdullilah .. byk dpt pahala suami dia.. So sweet syasya. Semoga terus istiqamah dan kuat kuat semangat .. ”
” Terus nampak muke syasya lawa sgt… sbb pkai tudung… semoga istiqamah… baju pn longgar.. ”
” Bertutup sopan… Suka tgk Alhamdulillah.. istiqamah tau awak sgt manis indah ciptaan Allah.. semoga terus istiqomah.. ”
” Lurve nya tengok pakaian dia. sebaik2 dan secantik pakaian menutup aurat.. cantik nya syasya.. Pakaiannya sngt sopan.. ”
” Sweet sangat kisah cinta dorang berdua ni. Patut lah peminat tak dapat hidu. Pandai betul simpan rahsia ye.. dah berpuluh tahun tu kenal.. ”
” Boleh tahan kental semangat jugak suami Syasya ni. Effort dia untuk jadikan Syasya isteri tu, terbaik lah. Hebat dapat didik isteri jadi lebih baik.. ”
” Wah siapa sangka kan, last-last jadi suami isteri. Childhood love lah ni. entah-entah jodoh aku pun kawan-kawan abang aku hehe.. ”
Daripada kawan abang bertukar menjadi suami, itu lah dikatakan takdir Allah. Segala yang Allah aturkan untuk Syasya dan Nasrullah adalah yang terbaik. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal berpanjangan sampai ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

