Artis / Selebriti
” Part ni kelakar gila, sakit perut gelak. Comel bila Nana blur.. ” – Komen Netizen
Video Siti Nordiana Belajar Buat Live Di Tiktok Buat Ramai Terhibur. Punya Lah Nana Blur, Sampai Pening Nubhan Bagi Arahan. Berdekah Semua Gelakkan Nana. Remaja Purba Main Tiktok Dikatanya. Part Last Tu Besar Gedabak Keluar Muka Ery Azree. Segan Member, Haha !!
Siti Nordiana antara penyanyi wanita yang sudah lama bertapak dalam dunia seni tanah air. Lebih mesra dengan panggilan Nana, penyanyi bersuara merdu ini mempunyai bilangan peminat yang ramai dan mereka selalu mengikuti perkembangan Nana di semua platform media sosial.
Menerusi akaun Tiktok Kentang Mader, telah dikongsikan gelagat Nana ketika membuat live di aplikasi Tiktok bersama 2 orang sahabat baiknya, Nubhan Ahmad dan Ery Azree. Memandangkan ini kali pertama Nana membuat live bersama, serba serbi Nana tidak tahu cara untuk setting layout live.
Mujurlah ada Nubhan yang memberikan arahan langkah demi langkah untuk membuat layout tersebut. Bagi yang tidak biasa dengan live Tiktok, pastinya akan keliru bagaimana cara untuk menjemput rakan-rakan lain untuk membuat live bersama.

Nana sendiri ketawa tidak berhenti apabila setting yang dibuat tidak menjadi. Terkebil-kebil Nana mengikut arahan di ruangan komen dan akhirnya berjaya juga Nana menyelesaikan layoutnya itu. Menjerit kegembiraan Nana apabila usahanya itu berhasil. Bak komen warganet, remaja purba memang begitu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@potatoe_tv Part ni sumpah terbahak🤣 yang jadi mangsa @ery azree adoii hahaha Bila remaja purba main tiktok macam tu lah ekk @Siti Nordiana #sitinordiana #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #sitinordianafc #erynana
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Teros aib muka member besar kedabak depan hahaha.. Mader pon jarang betul buat live kat tiktok. Memang kelakor tengok nana blur.. ”
” Selalunya remaja purba ni dia jarang godek-godek phone.. tu yg lambat loadingnya.. sama ler aku dgn nana, jenuh nk menyetting kekdg tu.. ”
” Saya tergelak walaupun saya pun tak pandai haha.. Orang nogori memang kelakar.. sedap dengar masing-masing cakap n9.. ”
” Kita remaja 40an klu belajar ke mana mana perginya… samalah kita, tu mls nak buat live apa nak tekan pening.. ”
” Lawak la Nana ni.. Part nii kelakar gila. Sakit perut gelak haha.. Dari awal sampai habis xberhenti gelak ngan kerenah mader dan kengkawan.. ”
” Adeh kak Nana ni, penat aku gelak. Comel bila dia blur. Ni baru ajar macam mana nak buat layout…ni belum lagi ajar macam mana nak battle game tu haha.. mau 3 hari setting baru dapat lawan game tu haha.. ”
” Penat akak ketawa tengok live Nana and the geng. Dari awal sampai habis live kelakar masing-masing.. Remaja purba pun nak main tiktok okey haha.. ”
Kelakar sungguh apabila Nana baru belajar setting live Tiktok. Yang menjadi mangsa adalah Ery, segan member muka kena tayang terpaling besar. Apa-apa pun, seronok warganet melihat telatah Nana dan sahabat-sahabat baiknya itu. Selepas ini bolehlah Nana belajar untuk PK pula, tentu lagi meriah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kentang Mader
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

