Artis / Selebriti
” Part diorang tengok each other tu yang pecah tu, sekali aku berdekah juga.. ” – Netizen
Video Kemunculan Cik B Sebagai Cameo Dan Roy Bundle Sebagai Influncer Jemputan Dalam Sepahtu Reunion Live Buat Warganet Terhibur. Sekali Tengok Dah Macam Kembar Pula. Menjadi Betul Cik B Dan Roy Main Watak, Haha !!
Sepahtu Reunion Live sememangnya antara rancangan yang begitu menarik. Malah rancangan ini sangat dinantikan para penonton pada setiap minggu. Lawak yang dilakukan oleh pelawak Jep Sepahtu, Rahim, Ebby Yus dan Pak Ya sangat mencuit hati.
Pada minggu ini, pelakon Ellie Suriaty dijemput memegang watak sebagai ibu. Namun apa yang menarik perhatian adalah watak cameo yang dipegang oleh anak jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B dan juga lakonan daripada pempengaruh media sosial, Roy Bundle.
Menerusi jalan cerita tersebut, Cik B dan Roy berlakon sebagai warden penjara. Telatah mereka ketika berlakon membuat para penonton yang hadir tak kering gusi ketawa. Ramai yang mengatakan Cik B bijak menjiwai watak ketua warden yang diberikan.

Selain itu ada yang menyakat mengatakan melihat Cik B dan Roy sudah seperti kembar. Meninjau di akaun Instagram Roy, turut berkongsi gambar bersama Cik B dengan menulis kapsyen ‘ jejak kasih’ . Sehingga kini, video lakonan Cik B serta Roy menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka begitu terhibur dengan lakonan Cik B dan Roy dalam rancangan Sepahtu Reunion pada minggu ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part diorang tengok each other tu yang pecah tu, sekali aku berdekah juga.. Aduh mana satu Roy ni, hehe pening fikir.. “
” Dah lama tak tengok.. Tadi terjebak jugak sbb ada Cik B.. Hehehe lawak habis lah bila watak cameo masuk, hehe sangat menghiburkan.. “
” Bestt tgok Cik B tadi hahaha.. Pls lepas ni pggil lagi Cik B.. Lawak betul Cik B berlakon, menjadi betul dia pegang watak.. “
” Malam ni pling best.. Dalam tiga minggu ni pling best.. Lalalala.. Tak macam tengok kembar tiga Rahim, Cik B dan Roy, haha.. “
” Ni kembar tiga ka, hahahaha.. Tak rugi tengok mlm ni, memang paling kelakar dari minggu sebelum ni.. Watak cameo main peranan betul.. “
” Cik B so natural. Talented sangat.. Serba boleh betul Cik B.. Semua dia tapau habis.. Pandai meniaga, menyanyi rap, berlakon, fuh.. “
” Mesti bayar mahal ni.. Bila tengok gambar Roy dan Cik B baru perasan muka dorang ada iras lah, hehe.. Dah macam abang dan adik.. “
Komen warganet, rancangan Sepahtu Reunion pada minggu ini sangat menarik dan kelakar dengan kehadiran Cik B. Bahkan ada yang meminta agar pada minggu seterusnya Sepahtu akan menjemput Cik B lagi untuk berlakon bersama mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak, roybundle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin masuk air Kamal ni. Nekan sangat dekat tekak bunyi Anuar Zain tu ek, sama sebijik.. ” – Komen Netizen

