Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen

Video Ina Naim ditanya soalan oleh Dato’ Aliff Syukri mengenai pemberian nafkah dan duit raya daripada suami raih perhatian ramai. Wah soalan panas ni, tapi padu jawapan ina. Ramai yang puji Ina makin cantik sekarang..

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri memang selalu up to date dengan isu semasa. Setiap kali ada selebriti atau sesiapa sahaja yang viral menjadi sebutan ramai, pasti Dato’ Aliff akan menjemput orang itu untuk berkolaborasi dalam iklan barangan yang dijualnya. Ini ada strategi pemasaran yang bagus oleh Dato’ Aliff.

Meninjau entry terbaru Dato’ Aliff di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina Naim dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal berada di pejabat Dato’ Aliff. Ina ditanyakan mengenai berapakah nafkah yang Ina minta daripada Khairul atau pun Ina jenis tidak kisah berapa pun amaunnya.

Ina menjawab dengan jelas dan jawapannya itu meraih pujian warganet. Nafkah zahir mengikut kemampuan suami dan diterima dengan seadanya. Soalan kedua pula mengenai duit raya dan kali ini juga jawapan ini diselangi dengan gelak ketawa daripada pasangan pengantin baru ini.

Duit raya tidak termasuk dalam nafkah isteri tetapi ianya adalah hadiah daripada suami. Itu pula tergantung sama ada suami ada lebihan wang yang boleh diberikan. Ramai sebenarnya yang belum memahami apa sebenarnya nafkah seorang isteri dalam konteks yang sebenar.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@papalarisofficial

Baik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni.. Duit raya bukan nafkah, duit raya adalah hadiah.. masha Allah jawapan isteri solehah.. “

” Cantiknya Ina Naim, berseri-seri lain macam sekarang.. sekali pandang ina naim… Dua Kali pandang mcm datin syahida Pon ada… lawooo.. “

” Kalau kite tgk kisah pjlnn ina ni dri awl sblm kawen , sampai dh kawen , mjadi balu dn bkawen semula, Tuhan tu atur cntik sgt, kite semua nmpk btapa dia mmg sorg yg SABAR, nikmat yg dia dpt skrg hasilnya.. “

” Bila isteri bijak jawap soalan.. Kak ina jarang-jarang makeup.. sekali makeup glow up.. Alhamdulillah.. cantik sangat Ina lepas kahwin.. “

” Ina Naim orang yang bijak.. Pandai Dato’ Aliff sebut pasal duit raya ye.. tapi apa ina cakap tu betul.. “

” Betul ina duit raya x masuk nafkah.. duit raya hanya hadiah yg ikhlas suami bg.. yg penting suami syg, bertanggung jawab pd suami dn anak2.. semoga ina bahagia hingga ke jannah.. “

” Makin cantik Ina sekarang, dengan siapa kita bersama kebahagiaan nya tak sama. Setiap orang ada kebaikan masing-masing.. “

Soalannya mungkin kedengaran seperti berjenaka tetapi apa yang Ina katakan itu benar. Hadiah daripada seorang suami dan mengikut kemampuan suami itu sendiri. Apa yang penting, suami dan isteri perlu lah sentiasa bertolak ansur dan ada rasa tanggungjawab antara satu sama lain.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Aliff Syukri Kamarzaman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT