Artis / Selebriti
” Pandai berlakon Isaac. Part order pekik-pekik, bila berbual dengan mummy lembut je.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Berlakon Order Makanan Drive-Thru Buat Warganet Terhibur. Amboi Bukan Main Laju Isaac Sebut Menu Tu. Siap Berlakon Jadi Daddy Lagi Ni. Comel Sangat Isaac !!
Isaac Raees antara anak selebriti yang seringkali mendapat perhatian ramai. Selain wajahnya yang comel dan lesung pipit di pipi, kepetahan Isaac bercakap juga membuatkan warganet suka melihat Isaac. Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggerisnya juga seimbang, Isaac juga pandai menggunakan kedua-dua bahasa dengan cukup baik.
Meninjau akaun Instagram Isaac Raees, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac ketika berada di dalam kereta. Isaac berlakon seperti sedang membuat order di kaunter drive thru, telatah Isaac itu menggeletek hati warganet.
Isaac bercakap begitu laju ketika berdialog memesan makanan. Selepas makanan, ditanyakan air apa pula yang mummy mahukan. Part Isaac berlakon menjadi daddy dan order kopi membuatkan Zahirah tergelak. Nampaknya Isaac ada bakatbberlakon macam daddy dan mummy juga.

Seronok warganet mendengar percakapan Isaac itu. Walaupun dwi bahasa, namun sebutannya tetap jelas. Warganet juga memuji cara Zahirah mendidik Isaac dalam percakapan. Sudah tunjuk bakat berlakon, ada chance untuk Isaac menjadi pelakon cilik pada masa akan datang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Isaac jadi daddy order coffee.. pandainya dia.. Dgn anak kecil kena rajin bercakap.. guna bahasa org dewasa.. itu je petuanya.. ”
” Nak cakap, pandainya dia berlakon play pretend but then I remember his parents are professional actors haha.. ”
” Bahasa melayu dia tak pelat pun. tak dapat order mcd bebetul, dapat order pura-pura pun jadi la ye.. ”
” Aku mmg suka dgr Issac bcakap.. sebutannya dlm bahasa melayu bahasa orputih terang boleh di fahami.. imaginasi tinggi ni.. ”
” Isaac jadi daddy terus order coffee haha, clever boy. petahnya dia bercakap.. BI pandai BM pon pandai.. bguss dia ajar 2 bahasa.. ”
” Comelnya Isaac ni, kecil kecil dah pandai berlakon. Ulang2 tngok video ni Ijack comel sungguh awak ckp. Jadi Daddy terus order coffee yer.. ”
” Cuteeee lah ijackkkkk.. part order pekik2 bila berbual dgn mummy lembut je. Order macam2, bayar rm10 jer.. Bijak betul seketul isaac ni semoga jadi anak soleh.. ”
Seronok warganet mendengar perbualan Isaac dan Zahirah. Ada tukang order yang petah macam Isaac ni, mesti senang kerja mummy dan daddy nanti. Apa-apa pun, semoga Isaac terus membesar dengan sihat dan menjadi orang yang bijak pandai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Isaac Raees, IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen




