Artis / Selebriti
” Paling jujur setakat ini, merendah diri betul. Suara tu tenang je, tak puas dengar.. ” – Komen Netizen
Video Tebuk Ngaji Qawiy Aro Bersama Seorang Remaja Yang Bernama Umar Di Madinah Buat Ramai Kagum. Sedapnya Alunan Suara Umar Mengaji. Lembut Sungguh Tutur Katanya Dan Seorang Yang Merendah Diri !!
Pempengaruh media sosial bernama Qawiy Aro memang terkenal dengan kandungan Tebuk Ngaji. Tidak hanya Tebuk Ngaji di kalangan selebriti, Qawiy juga membuat content ini bersama orang awam. Kali ini, Qawiy Tebuk Ngaji ketika berada di kota Madinah.
Meninjau akaun Tiktok Qawiy Aro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qawiy bersama seorang anak muda bernama Umar. Adik Umar ini berusia 16 tahun dan salah seorang pelajar di Shatibiyyah Junjung. Niat Umar hanya untuk bergambar bersama Qawiy tetapi Qawiy mengatakan perlu Tebuk Ngaji dahulu.
Adik Umar seorang yang merendah diri kerana ketika ditanya berapa juzuk yang sudah dihafal, dia hanya menjawab sudah khatam tetapi tidak ingat. Sewaktu adik Umar menyambung bacaan Qawiy, ternyata Umar sudah menghafal ayat dari surah Al-Fath dan mengalunkan ayat tersebut dengan sebutan yang jelas dan betul.

Suara Umar yang merdu itu juga mendapat perhatian warganet. Merdu sungguh dengan lagu Jiharkahnya. Qawiy memuji bacaan Umar itu dan mendoakan agar Umar dimudahkan urusan syahadahnya dan menjadi asbab hidayat seluruh umat.
Jom tonton video di bawah :
@qawiyaro semoga adik Umar dimudahkan urusan syahadah nya & menjadi asbab hidayat seluruh umat amin🤲🏽 #quranchallenge #mantuy
Perkongsian oleh Qawiy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Khatam tapi x ingat, adik Umar merendah diri supaya tak timbul riak di hati.. baik akhlaknya.. ”
” Humble adik ni.. dia igt je.. tp ckp tak igt sgt.. semoga Allah pelihara igtan adik dengan semua ayat2 alquran.. aamiin.. ”
” Paling jujur setakat ini, khatam tapi tak ingat.. merendah diri betul. sedap suara umar.. merdu.. definisi sebenar merendah diri.. salute lah pada adik umar ni..”
” Dia saje buat tak ingat untuk rendahkan hati dia dari timbul rasa riak dalam diri alhamdulillah baik akhlaknya.. ”
” Tenang je suara dia.. Seronok nya klu dapat salah seorang anak Hafiz Al-Quran.. tawadhu Adik ni.. ”
” Dia macam tak puas dengar, mashaAllah.. suara dia tenang dengar… surah al fath ayat 29 panjang tapi dengar suara Umar mcm pendek je.. ”
” Sebutan jelas dan tepat kene dgn makhraj terbaek adik umar. macam nak dengar lagi, tak cukup.. suara tu menenangkan jiwa.. ”
Indah dan menenangkan alunan suara adik Umar ini, contoh seorang yang ilmunya penuh di dada tetapi tetap merendah diri. Semoga adik Umar mencapai kejayaan dunia dan akhirat serta menjadi khalifah Allah yang berguna kepada masyarakat sekelilingnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qawiy Aro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen

