Artis / Selebriti
” Orang perempuan kan, kalau tak membebel tak sah.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Puteri Sarah Liyana, Sumayyah Membebel Pada Abangnya, Syaikhul Islam Buat Ramai Terhibur. Wah, Sekali Sumayyah Bercakap Tak Boleh Mencelah Langsung Lah. Mama Pun Kalah, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram SyaikhulSumayyahOfficial, perkongsian video terbaru Sumayyah telah meraih perhatian ramai. Video berdurasi beberapa saat ini memaparkan Sumayyah sedang membebel kepada abangnya, Syaikhul Islam.
Dapat didengari suara Puteri Sarah Liyana meminta Sumayyah menyuruh abangnya berhenti bercakap dan fokus pada latihan matematiknya. Namun gelagat Sumayyah membebel dengan bahasanya sendiri telah membuatkan ramai terhibur.
Sumayyah bercakap dengan begitu laju tanpa menghiraukan teguran ibunya. Amboi, banyak cakap ye Sumayyah. Sekali dengan mimik muka dia membebel. Walaupun membebel, Sumayyah kelihatan sangat cantik dan comel, seiras seperti ibunya, Puteri Sarah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Orang perempuan dengan bebelan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kecil-kecil dah pandai membebel lah Sumayyah ni.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen termasuk dikaitkan dengan Jebat Jayden. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbayang iklan pak mat western summayah ngan jebat jayden.. Cute betul la.. Tak boleh caras langsung ni kalau dah naik angin.. “
” Bakal bini Jebat jayden. Lawanya sumayyah bila besar mesti jadi rebutan ni.. Comelnya dia bckp mcmtu.. muka Sol pulak adik mayyah ni.. “
” Org pompuan kan.. klu tak membebel tak sah.. Baby jayden je dapat buat summayah diam.. Amende kamu ckp ni sumayyah tk faham.. “
” Dah keluar dating dengan jebat ke hrini summayah.. Sebijik maknya muka omeyy.. Ok, jebat boleh berlatih skrg, berlatih diam time sumayyah dh start mbebel.. “
” Adik sumayyah kelakor la hahaha.. Dah keluar dating ke belum dengan jebat ni? comelnya, kuat membebel ni.. cantik sumayyah.. “
” Aloo loo loo.. apa dia sayang.. acik kalau jadi abang tu rasa nak cubit je mulut tu.. Bercakap tak berenti ni.. Bila lihat puterisarahliyana membebel.. “
” Kecik kecik dah cantik ni.. sebijik sarah.. mulut banyak cakap ni.. tapi apalah yang dibebel tu.. tak boleh mencelah langsung.. “
Agak-agaknya apalah yang dibebelkan oleh Sumayyah kepada abangnya. Jenuhlah bakal suami Sumayyah nanti melayan bebelan Sumayyah, hehe. Semoga Sumayyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya dalam kehidupan di dunia serta di akhirat. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG SyaikhulSumayyahOfficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen



