Artis / Selebriti
” Nyanyian Hadie ni menusuk kalbu dan meremang bulu roma dengar.. ” – Komen Netizen

Video anak Ina Naim, Hadie mendendangkan lagu Sangkar Derita di pentas Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Penyampaian Hadie sampai ke hati. Part Ina peluk Hadie selepas Hadie selesai menyanyi tu paling sebak..
Program Talk To My Manager memberikan peluang untuk anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie untuk menunjukkan bakat nyanyiannya. Hadie belum biasa dengan pertunjukan pentas besar sebegini dan persembahannya pada minggu pertama membanggakan Ina.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Tiktok Hibglam, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan nyanyian Hadie semalam. Hadie menyampaikan lagu dendangan asal Haqiem Rusli berjudul Sangkar Derita.
Ketika Hadie memperdengarkan suaranya itu, ramai yang bersorak dan bertepuk tangan sebagai tanda sokongan. Suara Hadie lunak dan merdu, tak ubah seperti suara Suhaimi. Hadie ada auranya yang tersendiri yang membuatkan penonton menunggu sehingga habis nyanyiannya itu.
Nyanyian Hadie begitu menyentuh hati dan ramai yang bersetuju penghayatan Hadie untuk lagu ini sangat baik. Walaupun kali pertama menyanyi di pentas besar sebegini, nyanyian Hadie boleh dibanggakan. Ina sendiri sebagai ibu menangis selepas Hadie selesai menyanyi kerana teringatkan Suhaimi.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Penyambung bakat ayah dan mak, Hadie sebak di atas stage #InaXHadie 😓 Nak tengok full? Jom strim #TalkToMyManagerMY LIVE di sooka setiap Ahad, 9pm💜💜Klik link di bio 🔗 #JomUsha #fyp
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mantap Hadie pewaris ayahnya.. Salute arwah Suhaimi dan Ina Naim berjaya didik ank2 menjadi ank soleh.Tgk Hadi menyantuni ibunya dah tau dia seorang yg hormat org tua.Terbaik nak. Acik bg 10 bintang.. “
” Suka tgk dia, dia selalu sambut peluk mak dia, betul2 ank soleh. Semoga ke final.. Suara blh polish lagi….. Kita sokong anak yatim yg soleh nie.. “
” Suara dia best.. ada keunikkan trsndiri.. ni klau dgilap lg, mmg blh pegi jauh bdk ni.. Suara hadi ney lunak lemak, macam amir the choosen one. Yang penting orang dengar sedap.. moga dapat bertahan sampai final.. “
” Ina belum sebak, kita yang sebak dulu. Bila Ina sebak, kita terus berjurai airmata.. Hadie anak yang hebat, suara dia unik dan ada tone tersendiri.. “
” Sedap, suara lelaki macho macam Jamal. Pakej Hadie ni, akhlak pun baik. Ank Soleh ni ada suara yg tenang indah. dia kan ke final. dng izin Allah.. “
” Mana lah Ina tak sebak, SS yang latih Hadie dari kecik. Kenapa aku pulak yang menangis ni. Sebak tengok Ina peluk Hadie. nyanyian Hadie menusuk kalbu dan meremang bulu roma dengar.. “
” Suara Hadie tu something laa.. terasa sampai dalam hati.. Nampak sosok arwah SS pada Hadie.. suara macam ayah dia, merdu.. sama-sama mengalirkan airmata, sayu je hati.. “
” Part Hadi menyanyi, auto rasa aura sedih.. mungkin dari jiwa dia dan lirik tu ada kenangan untuk dia.. nyanyian Hadie sampai ke hati.. Hadie anak soleh yang selalu meratukan Ina.. ”
Siapa yang tidak sebak melihat moment Ina dan Hadie itu. Pastinya terselit rasa sedih di hati Ina mengenangkan SS tidak sempat melihat pencapaian Hadie ini. Semakin ramai yang menyokong Hadie dan semoga untuk minggu kedua nanti, Hadie dan Ina akan melakukan yang lebih baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen