Artis / Selebriti
” No reason to keep in touch. I choose to keep distance.. ” – Diana Danielle
Video Diana Danielle memberikan penjelasan mengenai salah faham orang ramai tentang kehilangan kawan baik setelah bercerai yang mengaitkan bekas suaminya, Farid Kamil yang diperkatakan baru-baru ini. Ini sebenarnya yang Diana maksudkan..
Kehidupan rumahtangga Farid Kamil dan Diana Danielle telah pun berakhir beberapa bulan yang lalu. Setelah melalui 2 kali perceraian dalam rumahtangga mereka sebelum ini, Diana dan Farid kini membawa haluan masing-masing dan menjalani kehidupan sebagai co-parenting kepada anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Menerusi sebuah podcast baru-baru ini, Diana ada menyebut mengenai kehilangan kawan baik setelah berkahwin. Ramai yang mengatakan Diana tidak move on dari kisah silamnya. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu temubual antara pihak wartawan bersama Diana.
Diana menegaskan teman baik yang dimaksudkan itu tidak lain adalah Farid sendiri. Kata Diana, dia tidak berniat untuk kembali bersama Farid kerana penceraian mereka baru sahaja berlaku. Mengesahkan dakwaan Farid yang mereka sudah setahun tidak berhubungan, Diana ada sebabnya tersendiri mengapa melakukan sebegitu.

Bagi Diana, biar lah mereka menjarakkan perhubungan dari segi komunikasi untuk memberi mereka berdua ruang untuk membiasakan diri dengan suasana baru. Diana juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk Farid bertemu dan mengambil anak-anak mereka. Bila-bila masa Farid boleh datang untuk berjumpa Muhammad dan Aurora.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kan betul.. maksud best friend tu ex husband nya. Yes most wives mmg nak husband yg juga boleh jadi best friend in marriage. Apa2 pun semoga baik2 aja for DD and FK.. “
” True as what Farid Kamil also mentioned theres nothing to keep in touch xx as long as both take care of their children equally it is already good.. “
” Carilah partner lain.. maybe yang kedua tu lagi better memahami life hidup kamu.. ramai doakan diana jumpa bahagia lepas ni ye.. “
” Moga baik baik sahaja utk Diana Danielle , Farid & anak-anak.. dulu suka tgk diorang ni happy family insyaAllah mgkin ada hikmah dsebalik kejadian.. “
” Betul lah diana cakap. suami isteri adalah rakan yang paling rapat dalam rumah tangga sewaktu masih berkahwin. susah senang bersama.. “
” Suka tengok diana daniella ni.. dia sayang Farid tapi keadaan.. semoga semuanya dipermudahkan till jannah.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya Aaminn ya robb.. semua yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kedua dua belah pihak.. “
Penjelasan yang cukup jelas daripada Diana dan harapannya agar tiada ada hati yang tersinggung. Mungkin itu yang terbaik untuk Diana dan Farid untuk masa sekarang. Semoga mereka akan menjadi co-parenting partner yang terbaik untuk kedua-dua anak mereka selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Diana Daniella, IG Farid Kamil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti1 day ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti1 day ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

