Artis / Selebriti
” Nina cantik sangat-sangat, baju pun sopan je.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis pernikahan Nina Ismail Sabri dan pasangannya, Hafiz Osman raih perhatian ramai. Wah cantik dan berseri-seri Nina. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Dari jadi kawan, sekarang dah kahwin. Tahniah Nina dan suami..
Siapa sangka dari kawan akhirnya pasangan ini sah sebagai suami isteri. Semalam telah berlangsungnya majlis akad nikah anak kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri iaitu Nina Ismail Sabri dan pasangannya, Hafiz Osman. Majlis ini berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang.
The Majestic Hotel Kuala Lumpur menjadi saksi Nina kembali bergelar isteri dan hanya dengan sekali lafaz sahaja, Hafiz sah sebagai suami Nina. Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak dan Tiktok Nona dan Era, telah dimuatnaik suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut.
Dato’ Sri Ismail Sabri sendiri menyempurnakan upacara ijab qabul pasangan ini. Seluruh keluarga terutamanya anak Nina, Jeanelle Nika Mandagie kelihatan gembira dan meraikan pasangan pengantin baru ini. Jeanelle bertindak sebagai flower girl semasa perarakan masuk pengantin perempuan ke ruang dewan.
Hafiz dan Nina mengayakan busana pengantin serba putih dan kedua-dua kelihatan segak dan cantik. Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua, pasangan ini secocok bersama. Banyak moment-moment sweet pasangan ini yang terjadi sepanjang majlis berlangsung.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nona.my Dengan sekali lafaz, anak kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman semalam. Memilih busana sedondon serba putih, kedua² mempelai nampak anggun dan menawan. Tahniah diucapkan sekali lagi. ♥️ Kredit video: ismailsabri60, lisasurihani #majalahnona
♬ Romantic and soothing live violin song(1479352) – harryfaoki
@era.je Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman dengan sekali lafaz hari ini. #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Tahniah. Selamat Pengantin Baru Nina Ismail Sabri. Moga bahagia dunia akhirat.. bahagia kali kedua, nina layak bahagia.. “
” Daddy happy betul terus tepuk tangan hehe.. 1st time tengok orang tepuk tangan lepas selesai akad hehe.. comel pak long mail ni.. 2
” Rahsia jodoh tiada siapa dpt menentukan , Tahniah buat kedua mempelai semoga kekal ke anak cucu.. “
” Wanita layak bahagia kali ke 2. tahniah nina dan hafiz.. from kawan to kawen, korang memang inspirasi betul.. jodoh depan mata dah selama ni tapi tak sedar.. “
” Cantiknya nina, berseri-seri.. nina kwin ngan bff dia ni .. lama deme berkwn.. dr sblm deme kwin.. “
” Pak mail tepuk terlupa majlis nikah anak. Apa apa pun kita doakan Semoga pasangan hidup kekal dan bahagia.. Alhamdulillah tahniah, selamat pengantin baru dn selamat melayari bahtera rumah tangga.. “
” Pak Mail ter excited, tertepuk tangan pulak hehe.. daddy happy anak bertemu jodoh lagi.. nina cantik sangat-sangat, baju pun sopan je.. “
Alhamdulillah aturan Allah untuk hidup Nina cukup indah. Allah hadirkan hujan tetapi selepas itu dihadirkan pelangi indah. Selamat pengantin baru Nina dan Hafiz. Semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan sampai ke akhir nyawa dan dikurniakan rumahtangga yang aman damai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Era, Tiktok Nona, IG Nina Ismail Sabri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Falah pandai menyanyi, sedap suara ketua. Part last tu lawak, adoi ketua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni baru penyanyi, jadi bertambah sedap lagu ni bila Amira nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen