Connect with us

Artis / Selebriti

” Nice version Sarawak, sedap sangat dengar.. ” – Komen Netizen

Video Aisha Retno menyanyikan lagu Jodoh Lebaran versi dialek negeri Sarawak buat ramai yang teruja mendengarnya. Wah, memang nice sangat version Sarawak ni.. 

Lagu raya bertajuk Jodoh Lebaran yang dinyanyikan oleh Aisha Retno kini semakin menjadi siulan ramai, terutama ketika suasana Aidilfitri baru-baru ini. Melodi yang segar serta lirik yang penuh makna membuatkan lagu ini mudah melekat di hati pendengar.

Keunikan lagu ini juga terletak pada cara penyampaiannya yang berbeza daripada lagu raya kebiasaan. Ia tidak hanya berkisar tentang kegembiraan semata-mata, tetapi turut menyelitkan elemen perasaan dan harapan, menjadikan pendengar lebih ‘terasa’ dengan setiap bait lirik yang disampaikan.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik ERA Sarawak, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Aisha menyanyikan lagu tersebut bersama dua individu lain. Gandingan suara mereka kedengaran cukup serasi, hingga menambahkan lagi kemerduan lagu ini dalam versi yang berbeza.

Namun begitu, apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila lagu Jodoh Lebaran ini dipersembahkan dalam versi dialek Sarawak. Kelainan tersebut bukan sahaja kedengaran unik, malah memberikan nafas baharu kepada lagu ini dan membuatkan para pendengar pasti akan teruja.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa suka dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen tersebut adalah :

” Nice version Sarawak, sedap sangat dengar.. Next year boleh release sarawak version sedap gilak.. “

” Aisya Retno nyanyi lagu bahasa sarawakkkkk.. Omgggg.. Yang Ini Orang Tak Boleh Claim.. Geng Kitak Memang Menyala.. “

” Dialek Sarawak dah ada. Maybe boleh buat versi Jawa dgn versi Kelate sempena 10 mil views ni Aisha Retno.. “

” Yahhh dah ada versi srawakkk.. Betul2 mendonia lah lagu ni.. Sampai ke hari ni, asyik ulang menyanyi je lagu ni.. “

” Lagu raya yang paling nice dengar pada tahun ini.. Aisha memang bijak bila hasilkan lagu raya, semuanya sedap dengar.. “

Perkongsian ini turut dihujani pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji kreativiti tersebut. Ada yang menyatakan versi ini lebih ‘dekat di hati’, manakala yang lain pula berasa bangga melihat kepelbagaian budaya Malaysia diketengahkan melalui muzik yang popular.

Jelas bahawa lagu Jodoh Lebaran bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah karya yang mampu menyatukan masyarakat melalui keunikan dan kreativiti. Inovasi seperti versi dialek Sarawak ini membuktikan bahawa muzik tiada batasan, malah mampu menjadi jambatan yang menghubungkan budaya serta menceriakan lagi sambutan Aidilfitri.

Silakan SHARE..

Sumber :IG erasarawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak