Artis / Selebriti
” Ni orang panggil riak tahap gaban. Deep betul ayat riak tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video sambungan Erma Fatima acah-acah riak lagi buat warganet terhibur. Adui, kali ni punya riak makan dalam betul ayatnya. Win lah Erma, haha..
Nama pengarah dan penerbit, Erma Fatima terus menjadi sebutan apabila drama terbarunya berjudul Bidaah mendapat perhatian penonton. Pelbagai reaksi diberikan oleh banyak pihak mengenai drama tersebut kerana ianya realiti kejadian yang pernah terjadi dalam masyarakat kita.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma membuat sketsa riak sekali lagi. Jika sebelum ini Erma berlakon riak ketika membuat house tour serta menayang koleksi handbag dan handphone, kali ini sketsa Erma bersama wartawan pula.
Menerusi video ini, Erma seolah-olah dikelilingi oleh wartawan dan semua bertanyakan mengenai sambutan hangat yang diberikan kepada drama Bidaah. Rekod tontonan menunjukkan, drama Erma ini berjaya meraih sejumlah 2. 6 billion tontonan.
Erma sangat in character sehingga membuatkan semua mengekek ketawa. Sambil acah-acah riak, sempat Erma memberikan sindiran kepada semua yang mengkritik drama arahannya itu. Bak kata Erma, dia memang sukakan kecaman dan kecaman itu umpama makan nasi sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kita approved Kak Erma version rosak macam ni.. Dia punya riak 2 mmg kaw2 ya, ni dia belum riak lagi tunang dia fattah amin.. hero malaya.. “
” Riak riak riakkk you ni haha.. my feveret actress kak erma & kak umi dri dulu smpai skrg… love u kak.. “
” Timbang timbang mcm ketimbang pulak. Bidaah pun ada yang mencapap ekk tak sangka mmg hebat. Tabik spring.. “
” Haha ni orang panggil riak tahap gaban haha.. ni riak level bima sakti ni.. adui lawak betul lak erma ni.. deep betul ayat riak tu.. “
” Meriak riak ek sekarang.. so ketara riak haha.. Watak riak mmg bagi kau je sis ermafatima .. tk perlu redo banyak kali .. one take je.. “
” Geram tengok Erma Fatima, typical makcik bawang.. elok di pair kan dgn Iman (keluarga itu) ni sbb in character sangat haha.. “
” Adui funny taw sis Erma but mmg it’s true.. Anyway Bidaah mmg the best, saya x miss tengok setiap episod& x sabar nak tengok every episod. Skrip, editing, view& lakunan pelakun mmg mantap.. “
” Dia punya riak tu, kalah Megah Holding haha.. Sindiran yang cukup kelass.. tajuk drama Riak apa hari ini hehe.. aku dah tak mampu nak tahan sabar tengok keriakan kali ini haha.. “
Sesekali apabila sisi lawak Erma terkeluar, memang terbahak lah semua melayan lakonan riak Erma itu. Riak yang diterima baik oleh orang ramai dan membuatkan ramai yang ketawa berdekah. Apa-apa pun, memang makan dalam sungguh ayat yang Erma berikan itu, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral23 hours ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen