Artis / Selebriti
” Natural beauty, masih cantik lagi walaupun dah tua.. ” – Netizen

Video Temubual Bersama Datin Sofea Jane Raih Perhatian Ramai. Walaupun Sudah Berusia Tetap Nampak Maintain Cantik Walaupun Tanpa Solekan. Awet Muda Sungguh !!
Menerusi akaun Instagram ABPBH35, perkongsian sebuah video temubual bersama Datin Sofea Jane telah meraih perhatian ramai. Sofea ditemui ketika majlis tahlil dan bacaan yasin sempena ulang tahun Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama pelakon filem Mencari Ramlee.
Majlis tersebut berlangsung di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ketika ditemuramah, Sofea turut ditanya mengenai rahsia kecantikannnya. Sofea tetap nampak cantik walaupun usianya sudah menginjak 52 tahun.
Ada peminat mengelar Sofea sebagai vamp1re kerana rupa parasnya yang tidak dimamah usia. Namun Sofea memberikan jawapan yang cukup ringkas dan padat mengenai dirinya. Tidak ada rahsia buat Sofea kerana ia menjalani kehidupan seperti biasa dan melakukan apa yang disukai.
Perkongsian ini telah menerima lebih tiga ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menurut Sofea lagi, dia sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam sebaik mungkin. Mungkin dengan amalan hidup sihat menyebabkan Sofea maintain awet muda.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji kecantikan Datin Sofea yang tidak dimamah usia. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” 52 tak tua..masih muda tu..lagi2 klu tak buat kerja berat mcm org kampung, berpanas terik,kulit pun dilindungi sinaran uv.. duduk dlm aircond bagai..klu nak kelihatan muda,,sentiasa solat dan senyum selalu.. “
” Natural beauty.. Sofea jane waktu prime dia sangat dikenali seluruh rakyat malaysia.first actress who win bintang paling popular.. “
” Dia memang anggun .. Dulu aku ingat lagi,aku nak sgt tgk cerita suami isteri & … kena pelempang.. tetap cantik dia ni.. “
” Dulu minat gila dgn sofia jane ..siap tulis surat hntr kat dia and suprisingly dia bls surat tu dan dia bg gambar lg.. sy masih simpan gmbr tu.. “
” Pan asian ni bila dia sebelah melayu dia nmpk mcm org putih tp klu dia sebelah org putih dia nmpk mcm melayu.. Msih cntik lg …wluln dh tua.. “
” Dulu ada URTV. Setiap bulan akan ada postwr besar artis2 wanita cantik dan glamour ditgh2 majalah tsb. Dan poster Sofea Jane bertahun2 melekat di bilik.. “
” Zaman Datin Sofea ms tu ramai artis yg wajah2 Pan Asia .. termasuk Cik Puan Julia Rais , Ramona Rahman & ramai lg.. “
Walaupun tidak mengenakan solekan tebal, penampilan Sofea tetap anggun seperti dulu. Semoga Datin Sofea Jane sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG abpbh32
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen