Artis / Selebriti
” Nakal ye Tengku Hassanal usik adiknya siap baling bunga. Tahan gelak je si adik, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Tengku Hassanal Mengusik Dan Membaling Bunga Kepada YAM Tengku Puteri Afzan Ketika Istiadat Berinai Buat Ramai Terhibur. Nampak Je Serius, Kuat Menyakat Juga Tengku Hassanal Ni Rupanya. Tengku Afzan Tahan Gelak Sambil Berjalan, Hehe !!
Dengan sekali lafaz sahaja, Puteri Sultan Abdullah, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selamat bergelar isteri kepada FD Idzham FD Iskandar pada 22 Ogos baru-baru ini. Cantik mengenakan busana berwarna putih, istiadat akad nikah pengantin Diraja ini berlangsung di Istana Abdulaziz.
Meninjau di akaun TikTok milik cornflakegirlz, telah dikongsikan video yang memaparkan sekitar Istiadat Berinai Tengku Puteri Afzan dan pasangan. Namun apa yang mencuri perhatian warganet adalah telatah kekanda Tengku Puteri Afzan iaitu Tengku Hassanal. Menerusi video itu, kelihatan Tengku Hassanal mengambil bunga lalu membalingnya ketika Tengku Afzan sedang berjalan melintasinya.
Terhibur dengan gelagat Tengku Hassanal, Tengku Puteri Afzan menahan ketawa sambil berjalan ketika Tengku Hassanal membaling bunga. Perkongsian video ini membuat ramai warganet terhibur melihat telatah spontan Tengku Hassanal menyakat adindanya.

Bukan itu sahaja, ada yang juga mengatakan baru mengetahui yang Tengku Hassanal rupa-rupanya seorang yang kelakar dan suka menyakat di sebalik wajahnya yang nampak serius. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@cornflakesgirlz Abang abang pun kuat sakat 😆🙏🏻 If we saw through this, boleh nampak tengku tengku pun gurau macam kita adik beradik juga 😂 #tengkuputeriafzan #royalfamilypahang #perkahwinandiraja #perkahwinandirajapahang #royalweddingpahang #tengkuhassanal #tengkumuhammad #tengkuahmad #tengkuamirnaseer #taimshah
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kuat menyakat betul rupanya Tengku Hassanal, nampak keakraban mereka adik beradik.. Hahaha dorg sedar tak dorg tu anak raja buat perangai kita plk.. “
” Cantiknya Tengku Afzan, berseri-seri.. Selamat Pengantin Baru moga sentiasa dlm Rahmat Allah dan bahagia hingga ke syurga Aamiin.. “
” Kalau perasan kan kerabat kerabat ni time wedding makeup diorang sangatlah natural. Likeee cantikkknyaaaa how cann.. “
” Hahahahaa tak sangka kan, Tengku Hassanal ni serius tapi diam2 pun kelakar, hehe.. Cute je tengok bila dia baling bunga tu.. “
” Cantik dan Sopan Tengku Afzan tayah serabut2 dh helok .. Simple Wedding Diraja .. Suka sgt tengok moments indah dgn keletah2 Tengku2 yg kelakar.. “
” The most fav Royal Family I do love. Sikap sederhana baik dan sangat smart classic.. Btw mereka pon manusia biasa, cuma pangkat dan darjat yg membezakan mereka dgn kita.. “
” Nakal ye tengku Hassanal usik adiknya siap baling rose.. Tahan gelak je si adik pun, hehehe.. Selamat pengantin baru Tengku Afzan.. “
Pastinya pada hari bahagia adindanya, Tengku Hassanal mahu melihat Tengku Puteri Afzan gembira. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Tengku Afzan dan pasangan. Semoga hubungan yang baru dibina ini akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cornflakesgirlz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

