Connect with us

Artis / Selebriti

” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu

Video Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu menjawab pertanyaan mengapa memilih kaedah pembedahan untuk melahirkan anak mereka, Akira Juwita Zahra. Ini sebab yang sebenarnya.. 

Sakit bersalin yang dilalui oleh para wanita hamil sememangnya sukar digambarkan dengan kata-kata. Ada yang direzekikan untuk bersalin secara normal dan ada pula yang ditakdirkan perlu menjalani pembedahan demi mengeluarkan zuriat dalam kandungan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Watieshuibb, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanifiah. Walaupun Watie baru sahaja melahirkan anak, Watie tetap bersemangat menjual di live Tiktok bersama Shuib.

Sambil menjual, Shuib dan Watie menjawab pertanyaan viewers dan berkongsi banyak cerita. Ada yang bertanyakan mengapa Watie bersalin secara pembedahan dan tidak secara normal. Shuib dan Watie tidak berselindung dan berterus-terang mengapa Watie memilih kaedah pembedahan.

Shuib turut mengimbau kenangan ketika anak sulungnya, Uwais Al-Qarni dilahirkan berbelas tahun yang dulu oleh arwah isterinya, Siti Sarah. Banyak kenangan indah yang Shuib simpan dari anak pertama sehingga lah lahirnya anak kelimanya ini.

Jom tonton video di bawah :

@watieshuibb

#shuibwatie #fypage #fyp #watiehanifiah #shuibsepahtu

♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – HairLuxLab Official Store

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Czer nie sebenarnya sakit selepas bersalin yg banyak.. Sy dua2 penah merasa.. Sy pilih czer .. bg sy czer lagi okay dari normal.. lan org lain pandangannya.. “

” Mana2 jelah, aku pn suka lagi czer. ank first kne emergncy czer, dh le kne nahan contraction 12jam, bukaan tk buka2. ni ank kedua mmg ku nk elective czer.. “

” Jgn judge walau apa pun cara ibu itu brsalin.. hormati pengorbanan mereka.. sape kata brsalin ceaser tak sakit sbb xperlu hadap contractions.. hakikatnya brp byk lapisan perlu dilukakan utk lahirkan zuriat tu.. yg brsalin secara normal juga…sakit contractions brjam2… so kesimpulan..pengorbanan dan risiko semasa dan selepas brsalin itu tetap ada.. “

” Saya takleh brain kenapa perlu pertikai cara org bersalin erk??masing2 lah janji Allah atur benda yg baik untuk hamba dia..ap2 pon buat ibu yg bakal bersalin semoga Allah permudahkan urusan kita semua tau.. “

” Ya Allah.. Betul ikut naluri & faktor kesihatan ibu. Jika ibu ada penyakit darah tinggi ke rendah takan nak paksa teran.. Acik anak no 2 pun nak czer sebab usia da 40an. Tak daya dah nak teran & tangung sakit contraction.. “

” Tak kisah la czer atau normal, dua2 sama je. Dua2 berjuang utk melahirkan.. Czer tak czer yg penting ibu dan anak sihat.. “

” Biarlah dia pilih.. badan dia, dia yang lalui, dia yang menanggung.. pilihan masing² nk czer pun boleh nk normal pun boleh.. asalkan selamat semuanya.. “

Baik bersalin secara normal atau pun pembedahan, kedua-duanya menuntut pengorbanan daripada seorang ibu. Apa yang penting, ibu dan anak sihat dan selamat. Semoga Watie cepat sembuh seperti biasa dan dapat menikmati moment berpantang dengan tenang dan selesa.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Watieshuibb  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak