Artis / Selebriti
” Mulut Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia. Bukan sasul sebarang tersasul ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri petik nama Fattah Amin dan Amira Othman ketika live buat warganet terhibur. Wah lain macam ayat Dato’ Aliff. Datin Shahida pun support. Ye ke tu Bang Long Fattah, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Secret Girl, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan live usahawan dan jutawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Dato’ Aliff ketika itu sedang menjual barangan berupa handbag keluaran syarikatnya sendiri.
Sambil menunjukkan handbag yang ada, Dato’ Aliff mengatakan mungkin nanti dia akan mengambil duta baru sebagai model handbagnya ini. Dato’ Aliff spontan menyebut nama Fattah Amin. Ayat Dato’ Aliff itu membuatkan ramai yang teruja, terutamanya pengikut Fattah.
Fattah sememangnya menjadi sebutan masa kini dan duda yang paling sensasi. Nama Fattah pula dikaitkan dengan Amira Othman yang juga merupakan rakan sekerjanya. Banyak projek usahasama antara Fattah dan Amira antaranya Pak Mat Western, Rissa Skin dan Jakel.
Banyak desas-desus yang berterbangan di media sosial mengenai berita pertunangan dan pernikahan Fattah. Antara tarikh yang disebut-sebut oleh warganet adalah 25.05.25 dan semua berteka-teki adakah benar Fattah akan menikah pada tarikh itu.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@im_yourgirl06 Wahhhh terus isteri Fattah Amin ya 😍 Aminn aminnnnnn 🤲 Moga Dato lantik Kak Long jadi duta handbeg lepasni 🥰💙🤍 #amiraothman #fattahamin #fyp #jodoh #foryoupage #trending #wanitaterakhir #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #mendonia #trend #ost #CapCut
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amboihhhh tok lepp mendahuluii netizen nampaknya.. isteri teruss dia bagi hahahah… kami aminkann je.. “
” Datuk -siapa isteri Fattah amin tuh datin -amira Othman, kami tk terlibat kak ya, datuk yg cakap hehe.. selalu mulut datuk masin.. “
” Wah dato Aliff pun approved eh FattMira ni.. nak beli kalau Amira isteri Fattah Amin yang jual ok dato.. Kak long jual terus sold out nanti.. “
” Ni kita kecualikan dr masuk stor. Advance sungguh Dato… kita Aamin kn shj ya. Moga cepat makbul.. “
” Letup terus isteri Fattah Amin haha.. kita Amin kan ramai ramai.. dalam stor Amira Othman siapa je tak ada, package semua.. “
” Mulut dato ni memang tak boleh simpan rahsia haha.. Amboi dato. muka tu buat buat tak tahu dan rasa tak bersalah erk.. “
” Jangan dato, nanti kena masuk dalam stor kang tak meniaga lah dato. Ke dato dah dapat jemputan ni hehe.. bukan sasul sebarang tersasul ni.. “
” Psstpstpsst… kot kot DAS dah dapat kad jemputan majlis resepsi FA-AO tak ni. ngam² 25hb date launching beg kilat.. “
Wah Dato’ Aliff dan Datin Shahida lagi advanced daripada netizen kali ini. Siapa tahu masin mulut Dato’ Aliff, Amira betul-betul menjadi isteri Fattah nanti. Ramai yang mengaminkan kata-kata Dato’ Aliff kali ini. Mungkin selepas ini, semua boleh melihat Amira menjadi duta beg keluaran Dato’ Aliff pula.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Secret Girl, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen