Artis / Selebriti
” Muka Chaan dah cuak tu, nasib la dorang semua dah hadam peel Kepom, haha.. “- Komen Netizen
Video di sebalik tabir Chaan dan Leman Bands ketika Elly Mazlein buat persembahan di The Chosen One XTRA buat ramai terhibur. Cuak masing-masing tengok Kak Lina atas pentas. Sekali boleh pulak Kak Lina tiba-tiba mashup lagu. Huru hara jadinya, nasib baik team Chaan ni pro..
Rancangan realiti The Chosen One XTRA kembali menghangatkan kaca TV. Pada minggu yang lepas, penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein atau pun mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom diundang sebagai juri jemputan untuk episod tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Nabil mengumumkan dan menjemput Kak Lina untuk keluar ke pentas. Chaan dan Leman Bands adalah pemuzik yang dipertanggungjawabkan untuk mengiringi semua persembahan peserta musim ini.
Melihat wajah Kak Lina di pentas, Chaan terus tersenyum kerana sudah masak dengan perangai Kak Lina. Lagu dan lirik yang dinyanyikan berlainan dengan lagu asal dan ianya sedikit mencemaskan Chaan dan Leman Bands. Kak Lina memang suka mengusik bands kesukaannya ini.

Warganet memuji kepantasan Chaan menangkap lagu apa yang Kak Lina nyanyikan. Leman Bands juga sangat profesional bermain alat muzik dan seiring dengan nyanyian Kak Lina. Bergema sorakan dan gelak ketawa penonton melihat telatah Kak Lina bersama Chaan dan Leman Bands.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Percaya la ckp aku lirik pun die main hentam je asal Ade byi.. memang aku tgu yg ni hahaha muka chaan dah cuak tu nasibla dowg sume dah hadam peel kepom hahahaah.. “
” Kepom dan leman band xleh dipisahkan dh cm 1 band.. Jenuh leman band naknkena teka2 whats next whats next.. macam tu je kakkepom gula2 kan leman band.. “
” Haha semua tak fokus.. kaklina xpnh mengecewakan kannn berkali2 tgk berkali2 gelakkk.. abis hura hara chaan dengan leman bands ada penyanyi macam kepom ni.. “
” Berat keje pemuzik sekarang.. lagi- lagi kalau dapat penyanyi yg tiba2 tukar lagu.. Nak fikir lagu apa dia nyanyi.. Lagi-lagi penyanyi yg dlm video ni haha.. “
” Machup ni spontan ke kt lina. Jedak jeduk dia bagiii haha.. Disebabkan k Lina la kite kenal chaan the geng. suke tengok k Lina usik chaan. Kepom mmg buat Leman band tak rilek, gelabah cemass habis.. “
” Mmg hebat lah leman band ni ptt gaji kena UP lagi puluh ribu riban. Dpt sikit hint dari kak lina terus tukar tune masuk lagu goyang inul.. MANTAPPPP.. “
” Wahhh.. respek la the Chaan dgn Leman Bands.. Aku x boleh laaaa haaaiiiiii ngan kak lina ni tau.. kejung usus perut kitew gelak tau.. Tu br btl professional penyanyi professional pemain music pun professional blh tkr gituew jew..br la no shatu.. o o.. “
” Leman band ni mmg terbaik la. semua lagu kepom diorg boleh ikut. Mmg profesional giler.. kepom mmg no syatu bab menghiburkan org.. “
Kelakar sungguh melihat gelagat Chaan dan ahli Leman Bands ketika Kak Lina menyanyi di pentas. Setiap saat itu penuh kejutan dan semuanya perlu standby dengan tindakan Kak Lina. Apa-apa pun, Kak Lina memang penghibur nombor ‘syatu’. Chaan dan Leman Bands pula sangat terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, IG Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

